Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 18, 2026 @ 1:38pm

Eyka Farhana Selamat Bersalin Putera Sulung, Pilih Nama Muhammad Luay Khayr – “Segala Kesakitan Hilang Sekelip Mata”

Pelakon, Eyka Farhana berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan putera sulungnya pada Sabtu lalu, 16 Mei 2026.

Menerusi perkongsian di Instagram, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi lelaki tersebut berjalan lancar secara normal.

“Masya-Allah, Tabarakallah. Momen paling indah dalam hidup saya berlaku pada 16 Mei 2026. Alhamdulillah, Baby L selamat dilahirkan secara normal.

“Segala kesakitan hilang sekelip mata apabila mama melihat wajah kecilmu, sayang,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Eyka turut mendedahkan nama cahaya mata sulungnya iaitu Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar.

“Selamat datang ke dunia wahai hero kami, Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar.

“Awak sangat disayangi, sangat berharga dan kini menjadi bahagian terbesar dalam hati kami. Kami menyayangimu lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata,” katanya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan agar Eyka dan bayi berada dalam keadaan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyka Farhana ✨ (@eykafarhana)

Sekadar info, Eyka mendirikan rumah tangga bersama bintang bola sepak negara, Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Kisah Viral Wed, 19 Feb 2025

Demi ‘Content Eyka Hilang’, Ammar Nazhan Didakwa Bayar RM10,000 kepada Polis & Tentera Indonesia?

Rakan dakwa Ammar Nazhan bayar individu jadi kambing hitam mengaku content palsu

Events Fri, 27 Apr 2018

KL Jamm Tumpuan Buat Peminat Muzik Antarabangsa

Platform yang bakal menghimpunkan penggiat seni dari seluruh dunia satu festival muzik bertaraf antarabangsa bakal diadakan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KL Jamm

Featured Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Penyanyi Despacito Dirompak Lelaki Mirip Wajahnya?

Lebih pelik, lelaki yang menyamar sebagai pelantun Despacito itu menghubungi kakitangan hotel di Valencia untuk membuka ‘bilik selamatnya’.

Events Fri, 12 Oct 2018

Marina Mahathir Launches Women Empowerment Event Second Year in a Row

It’ll be filled with amazing stories, talks, and experiences like no other.

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Intan Najuwa Nafi Tak Bayar Gaji Pekerja – “Orang Songlap Duit, Hutang Saya Lagi Ada”

Malu la ek individu tu konon nak spil the tea sekali dah fitnah orang hmm

error: Content is protected !!