Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 19, 2026 @ 12:28pm

Ramai Cuba ‘Melobi’ Tawar Wang Cecah RM30 Juta, Adi Putra Tegas Tolak Rasuah Demi Prinsip

Pelakon, Adi Putra mendedahkan dirinya pernah menerima tawaran wang mencecah puluhan juta ringgit daripada pihak tertentu yang dipercayai mempunyai agenda tersendiri.

Menurut Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, situasi itu bukan perkara asing dalam dunia yang diceburinya, namun dia tetap berpegang kepada prinsip untuk menolak sebarang bentuk rasuah atau sogokan yang bertujuan menghalalkan sesuatu perkara.

“Ramai yang cuba menyogok. Tapi saya akan tengok dulu apa tujuan mereka. Kalau sekadar hadiah, itu lain cerita.

“Tetapi kalau rasuah untuk menghalalkan sesuatu perkara, memang saya akan tolak,” katanya.

Adi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya, Konspirasi, yang berlangsung di GSC IOI City Mall, Putrajaya, pada Isnin.

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu lagi, ada pihak yang dipercayai cuba menggunakan wang sebagai jalan untuk melobi kepentingan tertentu.

Bagaimanapun, Adi memaklumkan tawaran tersebut bukan berkaitan kerjaya seni lakonannya, sebaliknya melibatkan urusan lain yang enggan diperincikan.

“Mungkin sebab nak melobi. Saya cakap terus terang sebab memang itu realiti yang berlaku sekarang,” katanya.

Lebih mengejutkan, Adi tanpa berselindung mendedahkan dia pernah menerima tawaran sehingga RM30 juta.

“RM10 juta, RM20 juta, RM30 juta pun ada. Memang ada.

“Zaman sekarang mana ada orang melobi dengan RM100? Tak mainlah kan?” selorohnya.

Meskipun begitu, Adi menegaskan wang ringgit bukan alasan untuk dia menggadaikan prinsip hidup yang dipegang selama ini.

“Bagi saya duit cuma angka. Walau masuk dengan mudah, keluar pun mudah.

“Tapi apa yang saya mahu tinggalkan kepada waris dan keluarga, itu jauh lebih penting,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adi kini tampil menerusi filem Konspirasi yang mengisahkan tentang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima maklumat sulit mengenai sebuah pelayan tersembunyi yang menyimpan senarai ahli politik korup serta transaksi kewangan luar negara.

Selain Adi, Konspirasi turut dibarisi pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel.

Filem berkenaan bakal menemui penonton di seluruh pawagam bermula 21 Mei ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Buat Macam Member Dia Je…” – Ramai Cemburu Lihat Angel Dolla Bersama Simon Dominic

Pasti ramai yang mengenali penyanyi wanita Angelina Chai Ka Ying atau lebih dikenali sebagai Angel yang merupakan seorang ahli kumpulan Dolla. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Angel di laman TikTok sehingga berjaya […]

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Ayah Selalu Kecewa Dengan Pilihan Saya” – Ameera Khan Akui Terlalu Baik Dalam Percintaan

Menurut Ameera, bapanya iaitu Abdul Halim Khan Lall Khan sebenarnya sering berasa kecewa dengan pilihan yang dilakukannya.

Trending Wed, 17 Mar 2021
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

‘Hormati Privasi Saya, Kekasih’- Syafiq Kyle

Kalau boleh, saya memilih untuk tidak mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya.

Hiburan Sun, 8 Sep 2019

James杨永聪《Lost & Found》913来马宣传!

相隔五年没来马宣传的James杨永聪,终于带着全新创作中英双碟专辑来到马来西亚宣传啦!

Acara Thu, 1 Feb 2024

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Jangan lupa temujanji dengan finalis kesayangan AJL38 korang Ahad ni!

Hiburan Thu, 3 Oct 2024
error: Content is protected !!