Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 19, 2026 @ 3:35pm

Pemilihan Nama Anak Jadi Perdebatan, Netizen Tampil Pertahankan Eyka Farhana – “Luay Itu Nama Moyang Rasulullah Ke-9”

Pelakon, Eyka Farhana dan suaminya, Akhyar Rashid baru sahaja berkongsi berita gembira kehadiran seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 16 Mei lalu.

Namun begitu, menerusi platform Threads, nama anak Eyka dan Akhyar iaitu Muhammad Luay Khayr dipertikaikan oleh segelintir netizen yang dikatakan terlalu mengikut gaya barat.

Susulan itu, ramai netizen tampil mempertahankan pasangan berkenaan dengan menjelaskan maksud sebenar nama Luay yang sebenarnya mempunyai sejarah serta makna yang indah dalam Islam.

Malah, berdasarkan perkongsian netizen, Luay merupakan nama moyang kesembilan Rasullullah SAW.

Dalam bahasa Arab, nama itu juga membawa maksud pelindung yang kuat serta membawa kebaikan.

Sekadar info, Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025.

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Selamat Bersalin Putera Sulung, Pilih Nama Muhammad Luay Khayr – “Segala Kesakitan Hilang Sekelip Mata”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 18 Oct 2023

Kumpulan Fourtwnty Impi Berkolaborasi Dengan Yuna

Wow! Kalau Fourtwnty koloborasi dengan Yuna confirm 🔥🔥🔥

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Trending Tue, 19 Jun 2018

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd. Razak Hasan berkata, kejadian yang berlaku di simpang tiga itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu wanita berusia 30 tahun dan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR.

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

“Saya Memang Tidak Mahu Teruskan Perkahwinan Ini” Noor Nabila Sudah Tawar Hati

Selepas selesai prosiding kes perceraian antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Kakak kepada Neelofa iaitu, Noor Nabila yang dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bagaimanapun berkata, beliau terkilan apabila proses perceraian […]

Featured Mon, 20 Feb 2023
Featured Wed, 27 Oct 2021

Lelaki Lagi Rela Dipenjara Daripada Tinggal Bersama Isteri

Seorang lelaki yang tidak tahan tinggal bersama isterinya menyerah diri di balai polis dan meminta dipenjara bagi menjalani kehidupan yang lebih ‘tenang’. Memetik laporan daripada Wionews, lelaki yang berasal dari Albania, 30, sebelum ini diperintahkan […]

Featured Wed, 5 May 2021

Semua Sekolah Di Selangor Ditutup Bermula Khamis

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan semua sekolah di seluruh Selangor ditutup selama dua hari bermula Khamis. Menurut Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail , penutupan itu adalah selaras keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri […]

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Aliff Syukri Tak Sempat Hadiahkan Banglo Pada Arwah Bapa

segala urusan dipermudahkan dan hasrat bapanya untuk dikebumikan di kampung ditunaikan.

Trending Thu, 5 Jul 2018

Intai Isteri Orang Sedang Mandi, Lelaki ‘Misteri’ Ditangkap

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Trending Sun, 30 May 2021

PU Riz Dedah Susah Senang Jaga Neelofa

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz mendedahkan ada waktu sukar dan senang menjaga isterinya, selebriti dan usahawan popular Neelofa. Menurut Haris, memandangkan Neelofa sudah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi ‘boss’ untuk […]

error: Content is protected !!