Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 22, 2026 @ 1:38pm

Dikritik ‘Fake’ Kongsi Video Ceria Selepas Pemergian Rakan Baik, Pengurus Kasih Iris Leona Tampil Bersuara

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila tindakannya memuat naik video sedang menikmati bijirin sarapan mengundang pelbagai reaksi kurang senang netizen..

Ia susulan perkongsian Leona sebelum ini yang meluahkan rasa sedih atas pemergian sahabat baiknya, Kati akibat kanser.

Malah, ada individu mendakwa anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu sekadar menunjukkan kesedihan demi meraih perhatian apabila dilihat kembali aktif dan ceria di media sosial.

“Baru kelmarin muat naik dia sedih sebab kawan baik meninggal dunia, hari ini sudah kongsi video makan Coco Crunch sambil gembira seperti tiada apa berlaku.

“Bagi saya, itu membuktikan kehidupan di media sosial memang palsu,” tulis individu terbabit.

Susulan kecaman diterima, pengurus Leona menerusi akaun @frhadilah_ tampil mempertahankan pempengaruh itu selain meminta orang ramai tidak terlalu cepat menjatuhkan hukuman.

“Tolong jangan terus menilai hanya berdasarkan satu hantaran di media sosial.

“Kandungan itu sebenarnya sudah dijadualkan lebih awal untuk dimuat naik pada hari pemergian sahabatnya, namun kami menangguhkannya seketika bagi memberi ruang buat Leona,” katanya.

Menurutnya, video berkenaan juga dirakam seminggu sebelum arwah Kati meninggal dunia, namun ia tidak bermaksud Leona sudah melupakan sahabat baiknya itu.

“Video tersebut dirakam lebih awal sebelum semuanya berlaku. Ia bukan bermakna Leona sudah tidak bersedih atau tidak merindui Kati hanya kerana dia memuat naik video itu.

“Leona juga seorang pencipta kandungan dan pada masa sama mempunyai komitmen kerja lain yang perlu diselesaikan. Kami mempunyai klien, jadual kerja dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Leona berkongsi berita dukacita mengenai pemergian sahabat baiknya, Kati yang meninggal dunia akibat kanser.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Oct 2023

“Tak Boleh Nak Kata Tidak…” – Didakwa Tak Hormat Isu Palestin, Elisya Sandha Pakai Seksi Gara-Gara…

Harapnya penjelasan dari tuan empunya badan dapat clear kan keadaan okay!✌️

Selebriti Tue, 21 Nov 2023
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.   View this post on Instagram   A post shared by Fizo Omar (@fizoomar) Perkara tersebut diketahui Fizo […]

Featured Tue, 20 Sep 2022
Trending Mon, 24 Jun 2019

无奇不有!巴纽产「巨无霸香蕉」粗到一只手拿不住

我们常见的香蕉,也就大约手掌大小,还有更小的芭蕉,但巴布亚新几内亚有一种香蕉种类,体型宏大,无论是香蕉树还是香蕉,都吓人一跳!

Trending Fri, 8 Apr 2022

Ini 5 Ciri Khas Istimewa Aplikasi Waktu Solat Malaysia Sempena Ramadan… Wajib Download Sekarang!

Kehadiran bulan Ramadan sememangnya dinantikan oleh setiap umat Islam saban tahun kerana dalam bulan ini mengandungi keberkatan. Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah, bersedekah, membaca al-Quran dan melakukan kebaikan kerana pada bulan Ramadan ini, ganjarannya […]

error: Content is protected !!