Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 27, 2026 @ 7:48pm

Filem Konspirasi Angkat Dunia Gelap Politik, Rasuah & Pengkhianatan Dalam Misi Berisiko Tinggi

Filem thriller aksi tempatan Konspirasi kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 21 Mei lalu dengan mengetengahkan kisah penuh debaran mengenai perebutan kuasa, pengkhianatan dan ancaman dalam usaha membanteras rasuah.

Diarahkan Ghaz Abu Bakar, Konspirasi menggabungkan elemen aksi, siasatan siber dan konflik politik dalam sebuah naskhah yang membawa penonton menyelami sisi gelap dunia kuasa dan manipulasi.

Filem terbitan Elepfilm Entertainment bersama Asia Tropical Films itu turut mendapat kerjasama Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi.

Konspirasi dibintangi barisan pelakon popular seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel.

Mengangkat genre political thriller dan aksi siasatan siber, filem tersebut berkisar mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima maklumat sulit berkaitan sebuah pelayan tersembunyi mengandungi senarai ahli politik korup serta transaksi kewangan luar negara.

Bagi memastikan maklumat itu tidak jatuh ke tangan pihak tertentu, Tan Sri Kamil lakonan Roy Azman mengarahkan operasi sulit dijalankan oleh pasukan elit diketuai Adli lakonan Adi Putra bersama Ily, Dhani dan Maya.

Namun, misi tersebut bertukar menjadi krisis besar apabila sebahagian data mula tersebar ke media dan laman gelap sehingga mencetuskan kekecohan politik negara selain menimbulkan persoalan mengenai kewujudan pengkhianat dalam organisasi.

Dalam usaha memburu dalang sebenar, pasukan itu akhirnya menyedari mereka bukan sahaja berdepan permainan politik, tetapi turut terperangkap dalam konspirasi besar melibatkan serangan siber, manipulasi kuasa dan ancaman asing yang mahu melemahkan negara dari dalam.

Menurut Ghaz Abu Bakar, Konspirasi bukan sekadar sebuah filem aksi biasa, tetapi turut membawa mesej mengenai bahaya ketamakan dan penyalahgunaan kuasa.

“Filem ini memperlihatkan bagaimana kuasa, ketamakan dan pengkhianatan mampu meruntuhkan kepercayaan.

“Pada masa sama, kami mahu menunjukkan perjuangan untuk menegakkan kebenaran sentiasa hadir bersama risiko dan pengorbanan,” katanya.

Konspirasi kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Mar 2026

“Aku Gentle Jangan Kantoi Perempuan Je” – Siti Elizad Akui Pasangan Perlu Saling Menghormati Batas Pergaulan

Elizad akui sebagai seorang isteri perasaan risau akan selalu ada bila pasangannya keluar bekerja, namun dia memilih untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap suami, Shamsul Baharin.

Trending Fri, 10 Jul 2020
Featured Wed, 10 Sep 2025

Foto Bermain Pickleball Tular, Mickey Ayo Lebih Terbuka Kongsi Foto Berdua Dengan Nora Danish

Foto tular didakwa diambil usai kedua-duanya bermain pickleball.

Featured Sat, 27 Feb 2021

Pasangan Saintis Temui Penawar Covid-19 Terima Darjah Kebesaran

Nama pasangan suami isteri saintis Ugur Sahin dan Ozlem Turecis semakin mendapat perhatian ramai. Pasangan itu semakin dikenali kerana menjadi antara individu yang membangunkan vaksin COVID-19 yang pertama dengan keberkesanan tinggi. Susulan sumbangan mereka, Pejabat […]

Trending Tue, 16 Jul 2019
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Belum Sedia Hamil Lagi, Biarlah Arif Membesar Dulu

Dengan jumlah pengikut serama 573,000 di laman Instagram kanak-kanak comel ini, tidak hairanlah Ariff dilihat mampu ‘mencaras’ populariti ibunya sendiri.

Featured Mon, 14 Nov 2022
Trending Tue, 23 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Remaja Melampau, Buli Budak Sekolah Di Taman Permainan

Diharap kejadian sebegini tidak akan berulang lagi

Trending Sat, 6 Jun 2020
error: Content is protected !!