Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 28, 2026 @ 8:16am

Memang Seram! Filem Polong Angkat Kisah Sumpahan, Ilmu Hitam & Dosa Silam Yang Menghantui

Filem seram thriller tempatan Polong mula menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula hari ini dengan membawa kisah penuh misteri mengenai legasi ilmu hitam, sumpahan dan dosa silam yang terus menghantui generasi seterusnya.

Diarahkan Zulkarnain Azhar, Polong tampil dengan gabungan elemen seram tradisional dan naratif psikologi yang lebih gelap sekali gus menjadikan filem ini bukan sekadar kisah gangguan makhluk halus biasa.

Filem terbitan Golden Star Pictures itu turut mendapat sokongan pengedaran daripada 10 Star Cinemas serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios.

Polong dibintangi Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, Jun Lojong, Amir Nafis dan Nadiya Nisaa.

Filem tersebut mengisahkan Fatima lakonan Mimi Lana, seorang wartawan bercita-cita tinggi yang secara tidak sengaja membongkar kisah silam seorang bomoh wanita bernama Maria Hadi lakonan Jun Lojong.

Maria sebelum ini dikatakan pernah cuba menebus dosa di penghujung hayatnya, namun pencarian Fatima terhadap kebenaran akhirnya membuka semula sesuatu yang lebih berbahaya iaitu entiti mistik yang pernah dipelihara dan cuba dikawal oleh wanita itu.

Diburu kuasa misteri yang sukar dijelaskan, Fatima kemudian mendapatkan perlindungan daripada Marissa lakonan Nadiya Nisaa yang juga anak kepada Maria dan hidup terasing daripada masyarakat.

Dalam usaha menghentikan sumpahan tersebut, Marissa akhirnya berdepan dilema besar sama ada mahu menerima warisan hitam peninggalan ibunya atau memutuskan legasi itu buat selama-lamanya.

Menurut Zulkarnain, Polong cuba mengetengahkan idea bahawa tidak semua warisan membawa kebaikan kerana ada antaranya hanya meninggalkan kehancuran kepada generasi berikutnya.

“Bagi saya, ketakutan sebenar bukan hanya datang daripada makhluk ghaib tetapi daripada manusia sendiri yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginan mereka,” katanya.

Pada masa sama, filem tersebut turut membawa persoalan tentang sejauh mana seseorang mampu melarikan diri daripada masa lalu terutama apabila dosa lama kembali menghantui kehidupan generasi seterusnya.

Polong kini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 Oct 2019

Instagram Says “No No” to Cosmetic Surgery Filters!

Seems like mental health is starting to get more awareness by the public, and people applause for that.

Hiburan Thu, 10 Mar 2022

Produk Semakin Dikenali, Pengasas Noir Ini Tampil Sebagai Penaja Utama AJL 36!

Perjalanan untuk membina perniagaan bukannya mudah seperti yang disangka. Ia melibatkan perkara yang kita sukai. Dengan itu, kita akan sentiasa bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik dalam urusan bisnes sekali gus memberi impak positif dalam […]

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Sufian Suhaimi Dikecam Netizen Kerana Rasis

hanya kerana kapsyen sekeping gambar di Instagram Sufian dikatakan rasis?

Featured Mon, 26 Apr 2021

Kongsi Foto Anak Ke-2, Muhammad Afwa Nama Baby Boy Siti… Turut Lancar Muzik Video Terbaru “Anaknda”

Umum maklum, penyanyi no 1 tanah air, Dato Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata kedua beliau pada minggu lalu. Terbaru, menerusi laman Instagramnya, penyanyi itu akhirnya berkongsi wajah dan nama anak keduanya yang […]

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Pasangan Selebriti Terkenal Indonesia Bertunang Esok!

Mahu lebih ‘intim’ jadi hanya yang terdekat sahaja bakal berada di sana.

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Jalan-Jalan Makan Angin Gabung Tiga Produksi, Pamer Tarikan Di Jepun

Kepada korang yang nak tahu tempat-tempat menarik di negara matahari terbit ni bolehlah tengok JJMA nanti ya!

Hiburan Tue, 28 May 2019
Hiburan Fri, 24 Nov 2017

Fattah Amin, Fazura Sebenarnya Sudah Bertunang

Bertunang sudah sebenarnya tetapi dirahsiakan agar tidak menganggu ibadah umrah kami

error: Content is protected !!