Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 28, 2026 @ 8:22am

Konsert Tonton Soundstage Tampil Lebih Eksklusif Dengan Konsep ‘Seating Concert’

Kehangatan menuju Anugerah Juara Lagu ke-40 mula dirasai menerusi penganjuran Konsert Tonton Soundstage yang tampil dengan konsep seating concert bagi memberikan pengalaman persembahan lebih eksklusif dan intim kepada penonton.

Berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Jun depan jam 8.30 malam, konsert tersebut bakal membawa penonton mengimbau semula lagu-lagu ikonik AJL yang pernah mewarnai industri muzik tanah air sepanjang empat dekad.

Pendekatan seating concert yang diketengahkan juga dilihat selari dengan citarasa penonton masa kini yang lebih menghargai pengalaman tontonan selesa selain mahu menikmati persembahan secara lebih dekat dan menyeluruh.

Konsert itu bakal menampilkan persembahan daripada Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana yang masing-masing mempunyai perjalanan tersendiri di pentas AJL.

Menerusi konsert berkenaan, kesemua artis bakal mempersembahkan pilihan lagu daripada legasi AJL dengan susunan muzik lebih segar selain suntikan emosi dan interpretasi baharu.

Dengan konsep persembahan duduk sepenuhnya, fokus utama diberikan kepada kekuatan vokal, susunan muzik secara langsung serta penceritaan di sebalik setiap lagu sekali gus menjadikan keseluruhan pengalaman lebih dekat dan personal buat penonton.

Selain menjadi konsert pemanas pentas menuju AJL40, Konsert Tonton Soundstage turut dilihat sebagai platform yang menyatukan peminat muzik daripada pelbagai generasi dalam satu malam penuh nostalgia dan penghargaan terhadap karya-karya terbaik industri muzik tempatan.

Tiket konsert kini sudah mula dijual menerusi WOWTix dengan harga RM159 bagi kategori General Admission, RM179 (Gold Seat) dan RM229 (Premium Seat).

Peminat juga boleh menantikan pelbagai lagi pengumuman menarik sempena AJL40 termasuk aktiviti eksklusif bersama artis dan beberapa kejutan lain yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Nov 2019

Iman, Badak Sumbu Sumatera Mati Hari Ini

Terpaksa dimatikan selepas menghidap kanser yang membuatkannya menanggung kesakitan berpanjangan

Drama Mon, 7 Apr 2025

Siti Hariesa Cari ‘Isteri’ Baharu Untuk Jazmy Juma?

Saksikan drama Calon Isteri Buat Suami setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam

#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
Trending Thu, 12 Nov 2020
Featured Fri, 5 Aug 2022

“Macam Mana Nak Sorok Kalau…” – Bengang Didakwa Sengaja Tayang ‘Baby Bump’, Uyaina Arshad Minta Jangan Ganggu Emosi

Kalau ternampak ‘baby bump’ itu adalah sesuatu yang tidak sengaja – Uyaina Arshad

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Johan Jalin Kolaborasi Bersama Fazley Yaakob, Dapat Idea Kerjasama Di Tepi Padang Bola

Johan menjalin kolaborasi istimewa bersama Datuk Fazley Yaakob.

Featured Sat, 27 May 2023
Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023
error: Content is protected !!