Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin May 29, 2026 @ 6:29pm

Gaya Pantai, Seni Visual & Inspirasi Budaya Borneo Bergabung Dalam Koleksi Baharu Rip Curl

Dalam dunia fesyen dan gaya hidup hari ini, elemen seni semakin memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah koleksi, terutama apabila ia digabungkan dengan cerita budaya dan ekspresi komuniti tempatan.

Pendekatan itu dapat dilihat menerusi koleksi terbaharu “Artist of The Search” yang mengetengahkan gabungan elemen gaya pantai, seni visual dan inspirasi budaya Borneo dalam sebuah koleksi edisi terhad yang tampil lebih segar dan artistik.

Koleksi berkenaan menampilkan dua rekaan original yang diinspirasikan daripada kehidupan kampung, permainan tradisional serta hubungan manusia dengan alam dan lautan, sekali gus membawa sentuhan visual yang lebih dekat dengan identiti tempatan.

Menariknya, koleksi tersebut merupakan hasil kolaborasi antara Rip Curl dan kolektif seni dari Sabah, Pangrok Sulap yang terkenal dengan karya berteraskan komuniti, budaya dan isu sosial.

Diasaskan di Ranau, Sabah pada tahun 2010, Pangrok Sulap menghimpunkan pelbagai latar belakang termasuk artis, pemuzik, penulis, aktivis dan pereka grafik yang aktif menjalankan projek seni serta pembangunan komuniti di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Antara karya utama dalam koleksi berkenaan ialah Spirit of the Waves yang diinspirasikan daripada kehidupan masyarakat Borneo dengan elemen permainan tradisional, ombak dan kebebasan hidup antara daratan serta lautan.

Selain itu, karya Waves and Roots pula mengangkat nostalgia zaman kanak-kanak di kampung menerusi permainan tarik upih yang digabungkan bersama elemen budaya surfing moden dan motif tradisional Borneo.

Dalam masa sama, sebahagian hasil jualan koleksi tersebut turut akan disalurkan kepada inisiatif komuniti pilihan Pangrok Sulap sebagai usaha menyokong impak sosial melalui seni dan kreativiti.

Koleksi “Artist of The Search” kini boleh didapati di butik Rip Curl seluruh negara dan secara dalam talian menerusi Rip Curl Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 17 Feb 2025

Sempena Syawal, Rizman Ruzaini Raikan Perjalanan Dua Dekad

Rizman Ruzaini menyambut ulang tahunnya yang ke-20 dengan pelancaran lima koleksi eksklusif bagi meraikan Syawal tahun ini.

FESYEN Mon, 16 Feb 2026

Rai Musim Lebaran Dengan Inspirasi Gaya Serba Baharu

Suasana persiapan Raya mula terasa hangat.

FESYEN Fri, 16 Aug 2019

Malaysian’s Sweethearts Zahirah Macwilson And Aiman Hakim Tells It All On E!News

Malaysian’s Sweethearts  Zahirah Mac Wilson and Aiman Hakim are set to tie the knot next year, making their fans go.. The two initially met on the set of “Curi Curi Cinta” drama and what started […]

FESYEN Thu, 19 Sep 2019

Pharell Williams Supports Women Empowerment With Adidas Originals Campaign “Now Is Her Time”

Dear Pharell, we love you, sincerely, women from all over the world.

FESYEN Thu, 10 Oct 2019

This is How Neelofa Single-Handedly Uplifts Modest Fashion to Greater Heights

She is literally a fashion icon whom millennials should look up to!

FESYEN Sat, 6 Jul 2019

dUCk Limited Edition Scarves Retail At RM 2,500, Sold Out Within Its Launch!

Woah! RM 2500 limited edition Swarovski scarves sold out in 4 colors after its just launch..

FESYEN Tue, 13 Feb 2018

IDA SURAYA CIPTA SEJARAH DUNIA FESYEN

Sebagai Ahli Lembaga Penasihat, usahawan berusia 46 tahun itu akan menjadi juri untuk semua pertandingan dan anugerah selain bertanggungjawab merangka pembangunan perniagaan fesyen di dunia merentasi Dubai hingga ke kota fesyen di Paris, Perancis.

Events Thu, 10 Oct 2019
FESYEN Sun, 16 Mar 2025
error: Content is protected !!