Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 3, 2026 @ 11:14am

Insiden Anak Terjatuh Katil Jadi Pengajaran Besar, Maryam Durian Kimchi Syukur Rian Kembali Ceria & Sihat – “Sepanjang Tempoh Pemerhatian Tiada Simptom Luar Biasa”

Pempengaruh, Maryam Durian Kimchi akhirnya berkongsi perkembangan terkini anak lelakinya, Rian selepas mencetuskan kebimbangan ramai apabila dilaporkan tidak sedarkan diri akibat terjatuh dari katil, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Maryam atau nama lengkapnya, Maryam You Narae, 33, memaklumkan keadaan Rian kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani tempoh pemantauan selama 48 jam seperti disarankan pihak hospital.

Menurut Maryam, insiden yang berlaku itu menjadi antara pengalaman paling mendebarkan pernah dilaluinya sepanjang bergelar ibu.

“Ramai yang bimbang selepas melihat video dan membaca laporan mengenainya. Sebagai seorang ibu, itu adalah antara detik paling menakutkan yang pernah saya alami.

“Kami terus membawa Rian ke hospital sejurus selepas kejadian. Selepas diperiksa, doktor menasihatkan kami supaya memantau keadaannya selama kira-kira 48 jam sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Maryam berkata, sepanjang tempoh pemerhatian itu, anak kesayangannya tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom luar biasa yang boleh menimbulkan kebimbangan.

“Alhamdulillah, tempoh pemantauan selama 48 jam sudah berlalu dan Rian berada dalam keadaan baik.

“Dia makan seperti biasa, tidur lena, tersenyum, bermain, mengenali ahli keluarga dan berkelakuan seperti dirinya yang biasa.

“Sepanjang tempoh pemerhatian, tiada sebarang simptom luar biasa berlaku dan kami amat bersyukur untuk itu.

“Jadi, jangan terlalu risau. Alhamdulillah, Rian sihat, ceria dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Maryam mengakui kejadian berkenaan membuka matanya mengenai risiko kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa walaupun ibu bapa sudah berusaha memberikan penjagaan terbaik kepada anak-anak.

“Pengalaman ini mengingatkan saya betapa cepatnya kemalangan yang tidak dijangka boleh berlaku walaupun kita sudah melakukan yang terbaik sebagai ibu bapa.

“Ia juga membuatkan kami lebih peka dan berhati-hati mengenai aspek keselamatan selepas ini,” katanya.

Pada masa sama, Maryam turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus mengirimkan doa dan kata-kata semangat kepada keluarganya sejak berita itu tular.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengambil berat mengenai Rian.

“Kepada semua yang menghubungi kami dengan kata-kata semangat, nasihat, doa dan sokongan, terima kasih dari lubuk hati saya. Mesej-mesej itu memberi ketenangan bukan sahaja kepada saya, malah kepada seluruh keluarga kami,” katanya.

Sebelum ini, suaminya iaitu Ryzal Ibrahim berkongsi video memaparkan situasi cemas ketika mereka bergegas membawa Rian ke hospital selepas kanak-kanak itu terjatuh dari katil.

Menurut Ryzal, Rian menangis kuat sejurus selepas terjatuh sebelum tiba-tiba diam dan memejamkan mata sehingga membuatkan mereka panik.

Bagaimanapun, keadaan kembali lega apabila Rian membuka mata sebaik mereka tiba di perkarangan hospital untuk mendapatkan rawatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Sep 2025
Featured Tue, 3 Jan 2023

[VIDEO] “Siapa Suruh Tengok Bola.. Fokus Dekat Keeper Pula Tu” – Eyra Hazali ‘Throwback’ Gambar Kahwin Dengan Suami

Comel je family ni! Siapa sangka semuanya bermula daripada post dkt IG story je hihi

Trending Sat, 19 Dec 2020
Featured Tue, 22 Jul 2025

 Ismanira Dakwa Penagih Dadah, Pedofilia B*nuh Zayn Rayyan

Ismanira memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen individu seperti penagih dadah atau pedofilia.

Hiburan Wed, 19 Feb 2025

Keluarga Celebrate Sang Juara, Marsha Milan Sebak… Netizen Komen: “Bertuah Dapat Mentua Yang Sangat Baik”

Marsha yang gagal menahan sebak duduk dikerusi sambil memeluk anak saudaranya.

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

“Saya Sangat Bersyukur…” – Aisha Retno Pertaruh Diari Air Mata, Impian Bekerjasama Dengan Ajai Akhirnya Jadi Kenyataan

Bagi Aisha pula, peluang bekerjasama dengan Ajai disifatkan sebagai satu penghormatan besar

Hiburan Wed, 27 Dec 2023
error: Content is protected !!