Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 10, 2026 @ 1:16pm

“Filem Kita Dah Makin Berkualiti”- Beto Kusyairy Seru Penonton Sokong Karya Tempatan Di Pawagam

Pelakon versatile, Beto Kusyairy menyeru orang ramai terus memberikan sokongan terhadap filem tempatan dengan menontonnya di pawagam-pawagam berhampiran terutamanya pada hari-hari awal tayangan.

Menurut Beto menerusi perkongsian di Threads, empat hari pertama tayangan adalah penting bagi sesebuah filem kerana ini merupakan tempoh paling kritikal bagi menentukan jumlah tayangan yang akan diberikan oleh pihak pawagam.

“Empat hari pertama (Khamis-Ahad) sangatlah penting untuk ke panggung kalau ada keinginan untuk menonton sesebuah filem. Panggung akan kurangkan showtime jika kurang sambutan. Jadi cuba untuk tak berlengah andai ada masa,” katanya.

Dalam masa sama, teraju utama filem Gayong ini juga mengakui, industri perfileman negara kini berada pada tahap positif kerana menunjukkan peningkatan dari segi kualiti, penceritaan dan pembikinannya.

“Filem kita dah makin meningkat dari segi kualiti penceritaan dan pembikinan. Tapi apalah makna peningkatan tanpa sokongan.

“Perlu kekalkan momentum dan budaya menonton di pawagam supaya pembikin boleh terbitkan karya yang lebih bermutu di masa depan. Mudah-mudahan,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jan 2018

Enot Bangkit Semula Dengan #YouCanDuit

Enot kembali memeriahkan dunia lakonan akhirnya terlaksana dengan membintangi teater muzikal seminar pertama di Malaysia berjudul #YouCanDuit

Featured Wed, 16 Nov 2022

Mesra Berkempen, Ketampanan Shahril Hamdan Raih Tumpuan – “Kalau Single Baru Saya Pangkah”

Ahli politik, Shahril Sufian Hamdan merupakan salah seorang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15). @shahrilhamdan Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya […]

Hiburan Mon, 26 May 2025

Awie, Search Kid Din Gegar Pulau Pinang & Johor Menerusi Rockology Concert Tour 2025

Muzik rock tempatan bakal kembali bergema dengan penganjuran Rockology Concert Tour 2025!

familuv Wed, 1 Apr 2020
Hiburan Sat, 7 Mar 2026
Featured Tue, 15 Mar 2022

Rakyat Malaysia Berang Nasi Lemak Hanya Dapat 3.9 Bintang, Jauh Ketinggalan Daripada Makanan Asia Tenggara Lain!

Mungkin mereka belum jumpa dan tak rasa lagi kedai Nasi Lemak paling sedap kat Malaysia ni.. 🤭

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Mawar Runsing Anak Dan Seisi Rumah Jatuh Sakit

Semoga semua sembuh seperti sediakala…

Featured Wed, 31 Jan 2018

Duit VS Cinta

Duit bukan segalanya-galanya, namun pada masa sekarang segala-galanya perlukan duit. Tapi, jika diberi pilihan antara duit dan cinta, yang mana satu menjadi pilihan utama anda?

error: Content is protected !!