Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 16, 2026 @ 2:30pm

Asyraf Khalid Dedah Realiti Sebenar Dunia Podcast – “Paling Bahaya! Bukan Sebab Content Dia Bagus, Sebab Dia Yang Jadi Content”

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Asyraf Khalid berkongsi pandangannya mengenai trend dunia audio siar atau podcast di Malaysia.

Katanya menerusi hantaran di Threads, dunia podcast semakin cenderung mengangkat kandungan viral dan kontroversi berbanding perbincangan yang bermanfaat.

“Ada satu pattern yang saya perasan dalam dunia podcast Malaysia sekarang. Podcast yang penuh ilmu, guest yang berpengalaman, conversation yang dalam, views dia okay je. Tak explode. Tapi bila ada orang pergi podcast dan jadi bahan ketawa, views mencanak. Semua orang nak tengok.

“Bukan sebab content dia bagus. Sebab dia jadi content. Dan itulah yang paling bahaya.

“Bila you jadi viral sebab orang ketawa dekat awak, bukan dengan awak, maka awak dah hilang kawalan cerita awak sendiri,” katanya.

Dalam hantaran sama, Asyraf juga mengakui, situasi tersbeut berlaku bukanlah disebabkan kandungan tersebut berkualiti, sebaliknya individu terbabit yang dijadikan sebagai ‘bahan’ hiburan untuk menarik perhatian dan jumlah tontonan yang ramai.

“Bila kita keep on support content macam tu, jangan pelik kenapa lagi ramai orang akan buat benda yang sama. Sebab tu yang dapat views. Tu yang dapat duit.
Sama macam mana-mana industri.

“Bila yang berkualiti tak dapat sokongan, yang senang dan murah akan terus dominate. Sebab tu yang market minta. Apa yang kita tengok, kita sokong. Apa yang kita sokong, orang akan terus buat,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 9 Jul 2019
Trending Fri, 24 Jul 2020
Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Wed, 15 Nov 2017

Kena Tunggu 23 November Kata Fattah Amin, Fazura

Apa yang cuba disampaikan dan kenapa perlu tunggu hingag 23 November? Apa yang special hari tu nanti

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

八度空间稳坐收视第一中文电视频道

八度空间一直为观众提供最创新、最优质电视节目,今天八度空间再度捎来好消息,在2018年的上半年再度创下全马无线电视与收费电视收视总冠军,稳坐收视第一中文电视频道!

Hiburan Wed, 23 May 2018

Arron Aziz Masih Menunggu…

Saya belum tahu mengenai status filem itu. Namun, kami pasti akan menguar-uarkan apabila ia sedia memasuki pawagam nanti.

Trending Fri, 22 Apr 2022
error: Content is protected !!