Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 18, 2026 @ 10:58am

“Ingat Mama Papa Lupa…” – Yusoff Menangis Terharu Hari Jadi Diraikan Awal, Shahida Akui Anak Mudah Tersentuh

Usahawan dan personaliti media sosial, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, berkongsi detik menyentuh hati apabila anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi, menangis selepas menyangka ahli keluarga terlupa hari ulang tahun kelahirannya.

Menerusi hantaran di Threads, Shahida memaklumkan sambutan hari jadi Yusoff diraikan lebih awal bersama anak sulungnya, Ammar.

“Malam semalam baru ada kesempatan sebenarnya makan-makan nak sambut hari jadi Ammar. Alang-alang nak sambut sekali hari jadi Yusoff terus sebab hari jadi dia minggu depan.

“Minggu depan Mama dengan Papa tak ada, ada urusan lain,” katanya.

Menurut isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri itu, Yusoff berasa sangat terharu sehingga mengalirkan air mata kerana menyangka keluarganya terlupa hari lahirnya.

“Yusoff menangis terharu katanya. Dia ingatkan kami semua lupa hari jadi dia. Yusoff ni nampak saja hyper tetapi penuh perasaan di jiwa,” katanya.

Pada akhir perkongsian tersebut, Shahida menzahirkan harapan agar anak-anaknya membesar menjadi insan yang taat kepada ibu bapa dan memberi manfaat kepada masyarakat.

 

View on Threads

 

Sebelum ini, Shahida pernah mendedahkan Yusoff disahkan mengalami gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) selain berdepan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Artikel Berkaitan: Anak Terlalu Aktif Sejak Kecil Sampai Pernah Panjat Bumbung Rumah, Nur Shahida Fokus Terapi ADHD Untuk Yusoff Al Qardawi

Artikel Berkaitan: Hantar Terapi 2 Kali Seminggu, Shahida Kongsi Yusoff Alami ADHD – “Dia Tak Ada Rasa Takut, Lasak Luar Biasa… Setiap Hari Ada Benjol Di Kepala”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020

Noor Nabila Akan Besarkan Jebat Jayden Dengan Sharnaaz Walaupun…

Noor Nabila menafikan dakwaan sesetengah pihak yang dia menghalang suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad daripada bertemu anak mereka, Jebat Jayden, yang menyambut harijadinya yang pertama pada 30 Ogos lalu.  Kakak kepada pelakon dan pengacara popular Neelofa […]

Trending Thu, 14 Nov 2019
Featured Thu, 1 Dec 2022

Pihak Produksi Hanya Bayar Separuh, Ibu Wafariena Ambil Tindakan Undang-Undang

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik

Trending Sun, 26 Jan 2020

TH tanggung kos bayaran visa bakal jemaah haji

Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (SAR) (bersamaan kira-kira RM326) yang perlu dibayar 31,600 bakal jemaah haji selepas kerajaan Arab Saudi memperkenalkan caj berkenaan bermula musim Haji 1441H/2020M. Pengurus […]

Hiburan Sun, 9 Feb 2025
error: Content is protected !!