Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 18, 2026 @ 11:59am

“Muka Berubah Bila Aku Tegur…” – Atiq Azman Dakwa Ada Selebriti Rasa Diri Terlalu ‘Star’, Pilih Kawan Di Set

Pelakon, Atiq Azman mendedahkan rasa kurang senang terhadap sikap seorang pelakon yang didakwa bersikap sombong dan berbeza daripada imej yang dipamerkan kepada umum.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Atiq atau nama lengkapnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 26, berkata dia enggan menilai seseorang secara berlebihan, namun mengakui terkilan dengan layanan yang diterima ketika berada di lokasi penggambaran.

“Aku bukan nak menilai. Aku datang set untuk datang bekerja, bukan nak melayan ego sesiapa.

“Tapi orang ini datang, aku tak tahulah mungkin ada perasaan dia seorang bintang, ada peminat dan pengikut yang ramai,” katanya.

Menurut Atiq, sikap yang ditunjukkan selebriti berkenaan dilihat tidak seiring dengan imej baik yang sering dipamerkan kepada orang ramai.

“Sikap kau tak serasi langsung dengan imej yang kau bawa. Bila jadi orang yang selektif dan memilih dalam berkawan, muka mereka automatik akan berubah,” katanya.

Atiq turut mendakwa dia dapat merasakan perubahan riak wajah pelakon terbabit apabila cuba bertegur sapa, berbeza dengan layanan yang diberikan kepada rakan-rakan lain.

“Bila dia borak dengan kawan lain, muka dia bahagia. Tapi bila aku datang tegur, muka dia berubah. Apa salah yang aku buat dekat kau?” luahnya.

Bagaimanapun, Atiq berharap perkara itu tidak diperbesarkan dan mengingatkan mereka berada dalam industri yang sama serta perlu saling menghormati.

“Bertenanglah ya, kita bekerja di tempat yang sama. Perkara ini aku yang nampak. Kalau orang lain nampak, cepat atau lambat saja,” katanya.

 

View on Threads

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 May 2023
Trending Tue, 5 Nov 2019
Events Fri, 3 Feb 2023
Featured Tue, 17 Jun 2025
Hiburan Mon, 9 Aug 2021

“Walau Kita Tak Pernah Kenal & Jumpa, Masa I Kena Covid You Usaha Cari I…” – Rebecca Al Islam Sebak Kenang Kebaikan Siti Sarah

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad meluahkan rasa sedih selepas mengetahui berita pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Menurut Rebecca, dia dan Sarah saling tidak mengenali secara rapat dan tidak pernah berjumpa. ARTIKEL BERKAITAN: Siti […]

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Gara-gara Berat Badan, Aishah Tak Lalu Makan

Jangan sampai jatuh sakit ya?

Featured Thu, 5 Jan 2023

Nyanyi Di Pusat Karaoke, Netizen Terkejut Kelunakan Suara Lufya – “Tak Sangka Boleh Nyanyi Ingat Pandai Berlakon Je”

Mungkin ramai dalam kalangan peminat generasi kini lebih mengenali Lufya Omar sebagai seorang pelakon. Mereka yang mengikuti perkembangan karier wanita ini sejak awal kemunculan pula pastinya mengetahui bakat seni Lufya mula dicungkil menerusi program realiti […]

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tahniah! Elvina Mohamad Bakal Jadi Ibu

Tulisnya, dia mengucapkan kesyukuran dan turut berterima kasih buat semua yang mendoakannya bersama suami. Alhamdulillah…Tahniah Elvina dan suami!

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

‘Buat Apa Nak Takut’- Amyra Rosli Komen Imej Baharu

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!

error: Content is protected !!