Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 19, 2026 @ 11:21am

Mula Pakai Baju Longgar, Kurang Bercakap… Fathia Latiff Kongsi Perubahan Besar Dalam Hidup

Pelakon, Fathia Latiff, mengakui kehidupannya kini banyak berubah apabila lebih selesa menjalani rutin secara sederhana dan memberi tumpuan terhadap kesihatan diri.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Fathia atau nama lengkapnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata dia kini bukan lagi seorang yang banyak bercakap seperti dahulu, selain memilih gaya pemakaian yang lebih santai dan selesa.

“Ya Allah, saya mula sedar kehidupan saya sekarang memang berbeza. Saya kini kurang bercakap, sedangkan dulu saya seorang yang sangat peramah dan suka berbual.

“Pakaian pula kebanyakannya hanya T-shirt longgar dan saya lebih banyak menghabiskan masa bersendirian,” katanya.

Menurut Fathia lagi, fasa kehidupan yang sedang dilaluinya ketika ini banyak tertumpu kepada usaha memperbaiki tahap kesihatan dan menikmati kehidupan dengan lebih tenang.

“Saya juga fokus untuk memperbaiki tahap kesihatan. Inilah kehidupan saya sekarang,” tulisnya lagi.

Perkongsian aktres drama rantaian Ariana Rose tu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mendoakan agar Fathia terus diberikan ketenangan serta menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sebelum ini, Fathia pernah memaklumkan dia tidak lagi terlalu memikirkan soal perkahwinan, lebih-lebih lagi apabila usianya kini semakin menghampiri angka 40 tahun.

Artikel Berkaitan: Stop Fikir Pasal Kahwin, Fathia Latiff Cari Kebahagiaan Di Usia 40 – “Lain Lah Kalau Rasa Diri Masih Hot, Masih Ada Harapan”

Artikel Berkaitan: Jalani Rawatan Selama Tiga Tahun, Fathia Latiff Kongsi Keadaan Terkini Lawan Sakit Schizophrenia – “Maaf Banyak Terkasar Bahasa Dulu…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 18 Sep 2018

Will Rosmah Mansor Really Be Put in Jail?

Datin Seri Rosmah Mansor is expected to formally answer charges of money laundering very soon!

Featured Tue, 9 Mar 2021
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Tak Mahu Dikata Lembik, Wan Sharmila Idam Watak Aksi Untuk 2019

Maksud saya bukanlah lasak macam dalam filem Paskal. Saya teringin melakonkan watak lasak tanpa menggunakan bantuan stunt man.

Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Wed, 28 Sep 2022
Trending Wed, 27 Jan 2021
error: Content is protected !!