Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2026 @ 1:49pm

Hadiah Lebih RM700,000 Jadi Rebutan, ‘Tonton Non Stop, On Top!’ Sudah Tarik Hampir 1,000 Peserta

Baru beberapa hari dilancarkan, kempen Tonton Non Stop, On Top! sudah berjaya menarik hampir 1,000 peserta yang kini aktif mengumpul mata untuk merebut pelbagai hadiah lumayan.

Meskipun pusingan pertama sedang berlangsung, pelanggan TontonUp masih mempunyai peluang untuk menyertai saingan dan mula mengumpul mata masing-masing.

Bagi pusingan pertama yang berlangsung dari 15 hingga 28 Jun 2026, pelanggan boleh memperoleh mata dengan menstrim kandungan-kandungan terpilih yang disediakan. Senarai tersebut menampilkan pelbagai drama vertikal tempatan dan Korea yang bukan sahaja menghiburkan, malah membuka peluang kepada peserta untuk muncul sebagai pemenang.

Antara kandungan yang disenaraikan bagi pusingan pertama ialah The Tyrant’s Bride-to-be, My Time-Travelling Prince, My Guy Friend is a Chaebol, The MARRY Plan, MARRY, My Partner, The Devil, The Devil’s Schoolgirl, Romance is Comedy, Benci Jadi Cinta, Separuh Nafas Cinta, Nur Untuk Ariff, Love Fight Club, Mr. Perfect Ramadan, Kampong Gatal (KGG) dan Offside Husband.

Menjadikan ia antara kempen ganjaran penstriman terbesar tahun ini, Tonton Non Stop, On Top! menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000.

Antara hadiah utama yang menanti pemenang ialah sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo dan dua unit TQ Wuling Bingo EV. Selain itu, turut ditawarkan 70 unit telefon pintar Oppo serta 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu.

Bagi peserta yang mahu mengumpul mata dengan lebih pantas, Tonton turut memperkenalkan Turboost, iaitu ciri khas yang memberikan mata berganda untuk kandungan tertentu yang distrim pada setiap Sabtu dan Ahad.

Bagi hujung minggu pertama pada 20 dan 21 Jun lalu, kandungan seperti Anugerah Tanpa Cahaya, Ayahanda, Menanti Yang Pasti, Switch dan Sori: Voice From The Heart menawarkan mata berganda kepada pelanggan.

Selain itu, pelanggan juga boleh memperoleh mata bonus menerusi pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga atau rakan-rakan. Hadiah langganan selama tiga bulan menawarkan tambahan 100 mata bonus, manakala langganan 12 bulan pula memberikan 400 mata bonus.

Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini boleh melayari laman web Tonton atau memuat turun aplikasi Tonton bagi mula mengumpul mata dan merebut pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 Dec 2018

Pelumba Cub Prix Terpantas Jempol Meninggal Dunia

Al-fatihah buat keluarga Allahyarham Mohd Nor Azman

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

FAZURA SUDAH BAGI HINT, TAHNIAH!

Beberapa hari yang lalu telah viral satu video yang menunjukkan Faz seakan-akan memberikan hint bahawa dirinya itu telah hamil

Trending Thu, 12 Jul 2018

Bintang Porno Bekas Skandal Trump Ditahan

Stormy didakwa membenarkan pegawai polis yang menyamar untuk meletakkan muka di bahagian payu daranya yang terdedah. Wow, betul-betul ‘berani mati’ ni!

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Ini Respon Win Intan Liana Bila Tahu Izreen Azminda Mengandung

Bukan main lagi Intan eh, dah ada pengganti ke tu?

Hiburan Wed, 27 Sep 2023

Vanessa Reynauld Cabar Kualiti Vokal Dalam Lagu ‘IGAU’, Hasil Sentuhan Naqiu

Min luvvvv! Lagu IGAU ni tonjolkan lagi vokal Vanessa 🫰🏻

Hiburan Sun, 27 May 2018

Projector Band Sudah Tidak Laku?

Fenomena ‘one hit wonder’ sememangnya sering menghantui anak seni terutamanya penyanyi. Apakah populariti sekelip mata pernah diraih Projector Band menerusi single Sudah Ku Tahu pada 2016 kian pudar?

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

TAEYANG AND MIN HYO RIN’S WEDDING INVITATION IS SO PRETTY!

The couple will be getting married next month and now their wedding invitation has been revealed.

Featured Wed, 8 Mar 2023

“Saya Pilih Berdamai Demi Anak-Anak” – Fasha Sandha Anggap Perceraian Bukan ‘Tiket’ Untuk Bermasam Muka

Demi anak-anak dan kebahagian mereka, parents kena tolak tepi ego masing-masing🤍

Trending Tue, 11 Feb 2020
error: Content is protected !!