Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2026 @ 6:27pm

“Mungkin Saya Boleh Maafkan Aliff Aziz, Tapi Saya Takkan Lagi Berdiri Di Belakang Dia” – Nick Mikhail

Pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak merasa dikhianati selepas penyanyi Aliff Aziz membatalkan persembahan pada saat akhir bagi sebuah majlis pelancaran produk milik isterinya, personaliti media sosial King Coco.

Menurut Nick, Aliff sudah ditempah sejak 19 Mei lalu dan deposit sebanyak RM1,500 turut dibayar selepas pelantun lagu Sayang Sayang itu memintanya seminggu kemudian.

Bagaimanapun, seminggu sebelum acara berlangsung, Aliff memaklumkan jadual penggambaran yang sepatutnya tamat pada 18 Jun telah dilanjutkan sehingga 23 Jun.

“Pada mulanya dia kata akan cuba datang. Kami sudah siap berlatih dan saya pilih sendiri lagu yang sesuai untuk dia nyanyikan. Saya memang nak orang yang rapat dengan saya ada pada malam itu.

“Acara ini bukan sekadar bisnes, tetapi sesuatu yang sangat peribadi buat saya dan isteri. Sebab itu saya mahu orang yang saya anggap keluarga dan sahabat rapat bersama-sama meraikannya,” katanya kepada XTRA.

Nick ditemui di majlis pelancaran produk IAmCoco di W Hotel, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Terdahulu, Nick meluahkan rasa kecewa terhadap pelantun lagu Jangan Ganggu Pacarku itu di laman sosial kerana tidak dapat mengotakan janjinya untuk membuat persembahan di majlis istimewa isterinya.

@nickmikhailthe300 I WANT EVERYONE TO KNOW I'M NOT GOING TO BE BEHIND ALIFF AZIZ ANYMORE. #disapointment ♬ original sound – TuanNickMikhail

Dalam pada itu, Nick turut mendakwa Aliff akhirnya menghantar mesej sehari sebelum acara memaklumkan dia tidak dapat hadir langsung, sekali gus membuatkan dirinya cukup kecewa.

Lebih menyedihkan, Nick berkata dia sentiasa menjadi antara individu yang paling kuat mempertahankan Aliff sejak 2017.

“Daripada isu lama, perceraian kali pertama, kontroversi sampai yang terbaru, saya sentiasa ada di belakang dia. Orang hentam saya sebab pertahankan Aliff pun saya tak kisah.

“Malah, saya yang bantu uruskan platform untuk dia menjelaskan keadaan ketika dia bercerai sebelum ini. Walaupun saya tahu dia ada buat kesilapan, sebagai seorang sahabat, saya tetap berada di belakang dia,” katanya.

Menurut Nick, dia hanya meminta satu pertolongan daripada Aliff selama mereka berkawan, namun kecewa apabila perkara itu tidak dapat ditunaikan.

“Ini kali pertama saya minta bantuan daripada dia. Saya cuma mahu dia menyanyi untuk Coco saya pada majlis istimewa hari ini. Tetapi dia tak dapat tunaikan.

“Saya dapat tahu dia menerima projek lakonan itu selepas bersetuju dengan tawaran nyanyian saya. Saya dulu menjadi pelakon selama 17 tahun, kalau saya sudah terima satu tawaran kerja dan ambil deposit, saya akan hormati komitmen itu,” katanya.

Tambah Nick, dia turut bimbang sikap sedemikian boleh memberi kesan kepada perjalanan kerjaya Aliff yang kini sedang cuba membina semula nama termasuk di Indonesia.

“Kalau dia bawa sikap begini, saya tak rasa saya boleh lagi berdiri di belakang dia. Saya cuma fikir, kalau dengan saya dia bersikap begini, macam mana dia mahu bertahan?” katanya.

Selepas meluahkan rasa kecewa menerusi media sosial, Nick mengakui dia terus menyekat nombor telefon Aliff kerana enggan mendengar sebarang penjelasan.

“Saya tak mahu dengar apa-apa alasan sebab kalau saya dengar, mungkin saya akan jadi lebih marah atau akhirnya memaafkan dia.

“Kalau suatu hari nanti hati saya terbuka, mungkin saya boleh maafkan dia, tetapi saya rasa saya tak akan lagi berada di belakang dia seperti sebelum ini,” katanya.

@xtra_my Inilah penampilan terbaharu King Coco ❤️ Makin jelita, lama tak dengar cerita baharu dia kan? 😻 Melancarkan produk IAmCoco, pempengaruh ini kini bahagia bergelar isteri kepada pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak. #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Menyentuh soal deposit RM1,500 yang masih belum dipulangkan, Nick berkata wang itu bukan lagi menjadi isu utama, sebaliknya dia lebih terkilan dengan tindakan sahabat yang disifatkan seperti adik sendiri.

“RM1,500 itu bukan soal besar. Kalau tak dipulangkan pun saya anggap sedekah. Ramai suruh saya saman atau ambil tindakan undang-undang sebab semuanya ada dalam WhatsApp.

“Tapi saya tak mahu tutup periuk nasi orang. Saya cuma mahu orang tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa Aliff tak membuat persembahan pada majlis ini,” katanya.

Nick turut mengakui isterinya, King Coco, sedih melihat dirinya diperlakukan sedemikian, lebih-lebih lagi apabila mengetahui betapa kuat dia mempertahankan Aliff selama ini.

“Saya tak pernah terfikir perkara ini akan berlaku. Ramai kawan pernah pesan satu hari nanti saya akan dikecewakan, tapi saya tak pernah percaya.

“Sekarang saya cuma rasa sedih. Sebab saya tak sangka orang yang sentiasa saya pertahankan boleh buat saya macam ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Jun 2018

Jemaah Eropah Maut Terjun Depan Kaabah

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Events Fri, 18 May 2018

Siapa Pelanggan Mengamuk Di Kedai Sajat?

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Selepas sahaja wanita tersebut dan keluarganya meminta maaf kepada Sajat, beliau serta-merta membatalkan kes tersebut dan memaklumkan peguam beliau

Trending Tue, 17 Apr 2018

Takut Tidur Sendirian Alasan Remaja Ini Berkahwin Di Bawah Umur

Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Mon, 4 May 2026

Rezeki Berbadan Dua, Amira Othman Syukur Terus Diberi Peluang & Kepercayaan

Amira yang menjadi duta sejak 2025 menyifatkan kerjasama bersama Rissa Skin sebagai satu perjalanan yang dekat dengan dirinya

Featured Thu, 23 Dec 2021

Rai Birthday Suami, Cardi B Hadiahkan Offset RM8 Juta

Anggota kumpulan rap Migos, Offset baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 tahun pada 14 Disember lalu. Bersempena dengan hari jadinya, Offset telah mengadakan majlis hari jadi bertemakan kasut di Sneakertopia di Los Angeles, Amerika […]

Replicated Draft Mon, 22 Apr 2024

Syoknya Raya Dengan Rumah Baru & Jongkong Emas Dari LBS!

LBS Bina Group Berhad (LBS) berbesar hati untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah bersama pemilik rumah baru dengan menawarkan pelbagai hadiah istimewa! Buat korang yang sedang mencari-cari rumah pertama atau hendak menaik taraf kediaman supaya […]

Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Thu, 15 Aug 2024
error: Content is protected !!