Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2026 @ 9:59am

“Jangan Percaya! Tak Ada Orang Nak Bagi Duit Percuma” – Mimi Lana Nasihat Netizen Elak Terpedaya Taktik Scammer

“Sudah tahun 2026 ini, jangan cepat sangat percaya orang boleh?”.

Demikian luahan pelakon, Mimi Lana apabila tampil menegur orang ramai agar tidak terus menerus terpedaya dengan taktik scammer yang menggunakan nama dan foto selebriti sebagai modal mereka meraih keuntungan.

Tegas Mimi menerusi hantaran di Threads, tidak ada individu yang sewenang-wenangnya mahu memberikan duit mereka dengan mudah apatah lagi memberikan imbasan kod QR secara terbuka.

“Kalau kalian nampak ada orang muat naik gambar, lepas itu cakap mahu beri duit, siap beri imbasan kod QR, boleh tak kalian jangan cepat percaya?

“Tidak kiralah orang itu selebriti ke, menteri ke, penjawat awam ke swasta ke tidak kisahlah. Sudah tahun 2026 ini, jangan cepat sangat percaya orang boleh?

“Tiada orang mahu beri duit dengan percuma macam itu saja,” katanya.

 

View on Threads

 

Dalam masa sama, pelakon filem Polong itu berasa bimbang apabila terdapat beberapa mangsa penipuan menghubunginya menerusi pesanan terus (DM) demi membuat aduan.

“Saya tidak boleh kawal scammer ini, dia sekat saya. Awak DM saya cakap Telegram sudah digodam, saya perlu buat apa ini? Lalu, saya paranoid juga,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:Aaron Aziz Jadi Mangsa Scammer, Nama Dijual Perdaya Pelabur Projek Filem

Artikel Berkaitan:“Mereka Scammer! Gambar & Content Curi Dari Akaun Sebenar Saya” – Yusry

Artikel Berkaitan:Daiyan Trisha Terpedaya Beli Slot Rembayung Di Threads, Akaun ‘Scammer’ Terus Hilang – “Kesian Yang Datang Dari Jauh…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 8 Aug 2018

Tuduhan Terima Wang Haram RM 42 Juta, Najib Razak Mengaku Tidak Bersalah

Beliau mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Anggap ‘Ratu Balada’, Aina Abdul Pasang Impian Duet Dengan Mahalini – “Insya-Allah, Suatu Hari Nanti”

Aina menyifatkan Mahalini sebagai ‘ratu balada’ yang memiliki aura tersendiri dalam industri muzik.

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Selamat Bersalin, Izreen Azminda & Ude Dapat Baby Boy Lagi

Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan cahaya mata ketiganya semalam. Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Izreen memaklumkan dia melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 9.06 pagi semalam. “Syukur […]

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Professional Wrestler and Actor John Cena Confirmed to be an ARMY!

John Cena has just confirmed that he is a big fan of BTS!

Hiburan Fri, 21 Dec 2018

李佩玲「攻顶」开唱!突破自我邀千人共度跨年夜

时隔半年,李佩玲终于要展开个人巡演的第二站啦!

Hiburan Wed, 17 Sep 2025
Trending Tue, 15 Jun 2021

Bunga Citra Lestari Dijangkiti Covid-19 Selepas Balik Bercuti

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dijangkiti virus Covid-19 selepas pulang dari percutian. Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Bunga di laman Instagram miliknya, pelantun lagu Cinta Sejati itu sedang menjalani isolasi kendiri selepas […]

Hiburan Thu, 26 Jul 2018
error: Content is protected !!