Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2026 @ 9:41am

“Semakin Saya Biarkan, Semakin Melampau & Biadap!” – Ibu Zahirah Macwilson

Ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson, menyorot perhatian ramai apabila memuat naik kenyataan menerusi ruangan Instagram Story miliknya baru-baru ini seolah-olah meluahkan perasaannya yang sudah lama terpendam.

Menerusi hantaran tersebut, ibu Zahirah yang dikenali sebagai Maslinda Yusoff berkata, hubungannya dengan anak-anak sudah tidak rapat sejak Ogos 2024 lagi meskipun dia dan suami berusaha untuk memulihkan dan memperbaiki hubungan tersebut.

“Sebenarnya hubungan saya dengan anak saya dah tak rapat sejak Ogos 2024 lagi.

“Sudah berkali-kali saya dan suami turun ke Kuala Lumpur cuba memulihkan dan memperbaiki keadaan, in private dan melalui ustaz sebagai orang tengah, tapi tak diterima.

“Dah lama saya berdiam diri dan bersabar. Tapi bila dia whatsapp saya semalam dan berkata sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan hati saya, kesabaran saya terus hilang. Allahuakbar!,” katanya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana anaknya, Mazlinda bagaimanapun mengambil tindakan untuk memuat naik kenyataan menerusi platform media sosial memandangkan itu adalah kelemahan anaknya.

“Semakin saya biarkan, semakin melampau dan biadap! Sebab tu saya tidak berfikir panjang satau terus update di media sosial.

“Saya tahu anak saya lebih takut kepada media sosial dari kemurkaan Allah.

“Semoga doa-doa kami di depan Kaabah, dan di Arafah di makbulkan. Ya Allah aku tidak berdaya lagi, aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, Ya Allah,”ujarnya.

Untuk rekod, Maslinda dan Zainol bercerai pada 9 November 2015.

Dan, pasangan tersebut masing-masing sudah memiliki hala tuju dan pasangan hidup masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Tahniah! Saerah Hamil Anak Keempat

Menerusi status dimuatnaik di laman Instagramnya, adik kepada Datuk Seri Siti mengumumkan berita gembira itu selepas tiga bulan berkahwin dengan Mohd Sharidan Johari pada 24 Februari lalu.

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Ex-Hello Venus Member Nara Moves Near to Actor Lee Jong Suk’s House After Caught in a Dating Rumour?

Lee Jong Suk and Nara? Together? What a powerful couple! Their visuals!

Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Trending Tue, 23 Oct 2018

ALAMAK! Persalinan Percutian Neelofa Serupa Dengan Kain Tudung Pula?

Dah la photoshoot kat Maldives…sorry eh…kita kan kawan baik selamanya!

Hiburan Sat, 16 Aug 2025
Featured Wed, 25 Sep 2019
error: Content is protected !!