Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri June 28, 2018 @ 2:46pm

Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018

Menghampiri bulan Ogos menandakan satu perkara, peranti utama kedua dari Samsung iaitu Galaxy Note 9. Peranti yang bersaiz lebih besar dari siri Galaxy S itu akan diumumkan oleh Samsung Electronics dalam satu acara Samsung Galaxy Unpacked 2018 pada 9 Ogos 2018.

Agak janggal untuk Samsung keluarkan siri Galaxy Note mereka pada awal Ogos kerana kebiasaannya peranti tersebut dijadualkan pada akhir bulan Ogos, sebaik sebelum Apple melakukan perkara yang sama untuk siri iPhone mereka.

Apa yang diketahui setakat ini untuk Galaxy Note 9?

Beberapa perkara dibincangkan mengenai apa yang ditawarkan oleh Samsung menerusi peranti Galaxy Note 9 mereka. Salah satunya sudah pastilah skrin paparan yang lebih besar dan juga S-Pen yang sinonim dengan siri Galaxy Note.

Pengimbas cap jari terbina di dalam skrin juga menjadi salah satu ciri yang dikatakan akan dibawa oleh Galaxy Note 9 namun dengan tarikh pelancaran yang dekat, perkara tersebut mungkin tidak menjadi kenyataan. Peranti Android lain yang mempunyai ciri tersebut adalah dari Vivo dan Huawei.

Bahagian bateri pula membayangkan bateri berkapasiti besar seperti 4,000 mAh tetapi Samsung mempunyai sejarah hitam mengenai bateri berkapasiti besar lebih-lebih lagi untuk siri Galaxy Note mereka. Untuk Samsung Electronics menggunakan bateri 4,000 mAh untuk Galaxy Note 9 adalah pertaruhan besar dari mereka.

Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018 boleh diikuti secara langsung melalui laman rasmi Samsung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 3 Mar 2018

Instagram: Cara Follow Dan Block Orang Tanpa Diketahui

Boleh dikatakan semua orang yang suka berfoto dan mempunya telefon pintar akan mempunyai aplikasi instagram.

TECH Thu, 26 Jul 2018

Tiada Adreno Turbo Dari Qualcomm Buat Masa Ini

Kami telah melaporkan berkenaan teknologi Adreno Turbo dari Qualcomm dalam satu kiriman yang telah di buat semalam. Perkara itu tersebar dengan meluas di internet selepas Qualcomm China mengeluarkan satu poster yang memaparkan cip Snapdragon mereka dibelakang sebuah peranti di […]

TECH Thu, 31 May 2018

5 Kelemahan Peranti Pintar “Bezel-Less”

Apakah itu “Bezel-less”? 

TECH Sat, 17 Nov 2018

Membeli- Belah Di Lazada Secara Tunai, Boleh Ke?

Ini cara untuk membuat bayaran kepada Lazada secara tunai. Senang je tau!

Automobile Mon, 21 May 2018

Datuk Dahlan Zainuddin Terkejut Terima Cek Bernilai RM100,000

Jumlah ini adalah hasil sumbangan peribadi individu bernama Aryan Farhan, orang perseorangan dan sebuah syarikat sebagai tanda penghargaan buat Dahlan yang mengabdikan diri dalam bidang seni sejak 1975.

TECH Thu, 9 Jan 2020

Telefon Pertama Kamera Dijual Di Jepun 20 Tahun Yang Lalu

Apabila anda perhatikan pada telefon pintar yang dipasarkan sekarang, pelbagai lensa kamera digunakan. Ada yang turun naik dan tidak cukup dengan itu, bilangan lensa juga ditambah. Satu lensa, dua lensa, tiga lensa….. Tetapi pernahkan anda […]

TECH Fri, 1 Mar 2019

好懒想要快速登入?脸书帐号直接连应用程序「恐有这3大危机」

许多网站和应用程式常会设置与脸书(Facebook)的帐号连结的功能,让使用者能快速登入;资安业者认为,这种登入方式可能带来3大风险,包括个资被第三方应用程式取得,个资用途不明,遭骇客入侵。

TECH Tue, 20 Nov 2018

Bagaimana Cara Gabung Fail PDF Jadi Satu?

Bagaimana untuk mengabungkan file PDF menjadi satu, jom kami kongsikan caranya!

TECH Mon, 3 Sep 2018

Work Hard and Play Harder with Lenovo’s New Laptop

It’s perfect for workers and students who also enjoy gaming.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Tips Jimat Ruang Pada Gajet

Cara-cara untuk menjimatkan ruang pada smartphone atau gadget anda.

error: Content is protected !!