Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 16, 2019 @ 3:16pm

Dating – Ciri Terbaru Daripada Facebook Yang Bakal Menyaingi Tinder

Menurut data yang diperolehi daripada Worldometers, populasi dunia kini sudah hampir mencecah seramai 8 bilion orang yang mana sekitar 40 % daripada orang dewasa (18 tahun ke atas) adalah bujang atau belum berkahwin. Atas sebab itu, beberapa usaha untuk membantu golongan ini menjumpai jodoh telah dilakukan di peringkat global termasuk mencipta laman sesawang atau aplikasi mencari jodoh secara atas talian. Antara aplikasi yang popular ialah Tinder dan OKCupid.

Berikutan dengan itu pada 1 Mei yang lalu, dalam persidangan pembangun-pembangun Facebook(F8) pemilik Facebook, Mark Zuckerberg telah mengumumkan inisiatif baru dari pihak mereka untuk membantu penggunanya mencari pasangan hidup. Inisiatif yang digelar ‘Dating’ itu akan disiap sediakan untuk aplikasi mudah alih mereka dalam kemaskini terbaru pada masa terdekat.

Ciri terbaru Facebook ini akan membolehkan mereka menembusi pasaran yang sedikit berbeza dengan apa yang sudah mereka ceburi kini. Secara tidak langsung, Facebook akan menjadi pesaing kepada aplikasi mencari jodoh sedia ada seperti Tinder dan OKCupid yang dibangunkan oleh Match Group. Ini sudah dibuktikan apabila saham syarikat Match Group menjunam sehingga 17 % selepas pengumuman ini dibuat.

Pengguna ciri ini boleh mengasingkan profil Dating mereka dengan akaun Facebook maka rakan-rakan di Facebook tidak akan mengetahui tindak-tanduk anda semasa menggunakan ciri Dating. Menurut Facebook, mereka hanya akan menyiarkan profil golongan yang masih belum berkahwin(menurut status pada akaun Facebook pengguna) supaya carian dapat dilakukan dengan lebih efisyen.

Sejauh mana ciri terbaru Facebook ini dapat membantu golongan bujang di dunia ini masih tidak boleh diramal. Buat masa sekarang, Tinder mempunyai lebih 100 juta pengguna berdaftar manakala Facbook pula memiliki lebih daripada 2.2 bilion pengguna aktif setiap bulan. Melihat kepada perbezaan besar jumlah pengguna ini, ciri Dating pada Facebook dijangka akan dapat menyaingi atau mungkin mengatasi Tinder dalam masa yang singkat.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 28 Jan 2019

网页版十年挑战!还记得脸书、Youtube等网站十年前的模样吗?

你十年挑战了吗?最近在社群中颇为热门的 #10yearchallenge,引起了一波回顾潮;你每天刷刷脸书之外,还会造访什么网站呢?我们就来个十年挑战网页版……

TECH Thu, 12 Jul 2018

Sony Xperia XA2 Plus Diperkenalkan Dengan Slogan ‘Designed To Entertain’

Telefon bimbit pada hari ini bukan sahaja digunakan untuk berhubung, tapi juga berfungsi sebagai alat hiburan kepada pemiliknya. Menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video hinggalah melayari media sosial, semuanya boleh dilakukannya di hujung jari. […]

Automobile Fri, 15 Mar 2019

亚洲规模最大GT盛事!China GT雪邦站时间表

China GT(中国超级跑车)锦标赛首冲出中国,3月15到17日在马来西亚雪邦赛道举行「亚洲GT赛车节」打响第一炮!

TECH Thu, 2 May 2019

Lenovo Legion Just Got Some Savage Upgrades

New technology with some crazy new upgrades,

TECH Sat, 20 Oct 2018

Bagaimana Baca Mesej WhatsApp Dihapus oleh Pengirim pada Android

Dengan cara ini anda boleh melihat mesej WhatApps yang telah dihapuskan dengan begitu sahaja

TECH Mon, 2 Sep 2019

Nak Tahu Siapa Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen

ini diantara cara-caranya . Selamat mencuba

TECH Mon, 12 Aug 2019

3 Cara Membuka Kunci atau Password Untuk Iphone

Lupa kata laluan atau password cuba cara ini

TECH Mon, 17 Sep 2018

Cara Mengesan Lokasi Semasa Insan Tersayang

Kepada anda yang ingin mengetahui lokasi kawan – kawan atau ahli keluarga secara “Real – Time”, berikut kami kongsikan cara mudah yang boleh dilakukan.

TECH Fri, 18 May 2018

Gmail for iOs Kini Menerima Ciri Bayaran Google Pay

Google Pay yang membolehkan korang ‘membayar sesiapa saja menggunakan alamat emel’

TECH Wed, 11 Jul 2018

8 Jenis Pengecasan Pantas Diuji, Huawei SuperCharge Dinobatkan Sebagai Juara

Baru-baru ini, Hometop, sebuah majalah terbitan dari India telah menjalankan satu ujian bagi menentukan teknologi pengecasan pantas mana yang menawarkan sistem terbaik. Dalam ujian tersebut, sebanyak 8 jenis teknologi pengecasan pantas digunapakai iaitu, Huawei SuperCharge, […]

error: Content is protected !!