Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops May 13, 2019 @ 3:03pm

Panduan mudah solat tarawih di rumah, indahnya beribadah

Solat tarawih merupakan ibadah yang paling dinantikan seluruh umat Islam setiap kali tibanya bulan Ramadan. Rasa tidak lengkap bulan yang mulia ini jika tidak ke masjid atau surau untuk mengerjakan ibadat berkenaan secara berjemaah.

Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) pada bulan Ramadan.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang berpeluang untuk mendapat keberkatan melakukan solat tarawih di masjid atas sebab kekangan kerja dan waktu, lebih-lebih lagi wanita yang bergelar isteri atau ibu.

panduan solat tarawih

Foto: Dream

Sedia maklum, selepas seharian penat bekerja di pejabat, mereka juga terikat dengan tanggungjawab dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga apabila tiba di rumah. Pasti keletihan melanda diri setelah hampir lapan jam bekerja di pejabat dan tentu ada rasa ‘malas’ untuk ke masjid. Begitu juga bagi mereka yang memiliki anak kecil, sudah pasti agak sukar untuk membawa si kecil bersama ke masjid.

Justeru, wanita di luar sana janganlah risau atau sedih jika tidak dapat pergi ke masjid untuk melakukan solat tarawih. Islam itu indah dan mudah. Anda juga boleh mengerjakan solat tarawih di rumah secara bersendirian.

Kebiasaannya solat sunat tarawih dilakukan sebanyak dua puluh rakaat, namun boleh juga menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja mengikut kemampuan anda.

Jom ikuti panduan ringkas dan mudah solat tarawih:

Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:

panduan solat tarawih

Foto: YouTube

Rukun solat tarawih sama seperti solat fardhu dan solat sunat yang lain juga iaitu bermula daripada takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat tarawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat seperti biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Lazimnya, selepas membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat pertama solat sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah seperti at-Takathur, al-Asr, al-Humazah, al-Fil, al-Quraisy, al-Ma’un, al-Kautsar, al-Kafirun, An-Nasr dan Al-Lahab manakala pada tiap-tiap rakaat kedua pula dibaca surah al-Ikhlas selepas membaca surah al-Fatihah.

Kebiasaannya di Malaysia, anda akan membaca doa terlebih dahulu selepas selesai 4 rakaat sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir.

Doa di antara solat tarawih adalah seperti berikut:

panduan ringkas solat tarawih

Foto: Shafiqalbu

Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih. Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).

Lafaz niat solat witir

Berikut merupakan lafaz niat solat witir bagi dua rakaat:

panduan solat tarawih

Foto: AkuIslam.com

Bagi lafaz niat solat witir satu rakaat pula adalah seperti di bawah:

Panduan solat Tarawih

Foto: AkuIslam.com

Selesai solat witir, dibaca wirid dan doa ini:

panduan solat tarawih

Foto: AkuIslam.com

panduan solat witir

Foto: AkuIslam.com

Selesai zikir, anda boleh membaca doa.

panduan solat tarawih

Foto: AkuIslam.com

Penjelasan lebih lanjut mengenai solat witir boleh didapati di sini. Diharap penerangan ini bermanfaat kepada anda yang mahu melakukan solat tarawih bersendirian di rumah.

 

 

 

 

Sumber: Akuislam.com. Islam.gov.my dan Sirap Limau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018

Ingin Menguasai Teknik Memotong Bawang Besar? Pelajari Daripada Video Ringkas Ini

Kalau nak pandai memasak, sekurang-kurangnya belajar teknik ini dulu.

Gaya Hidup Fri, 10 Oct 2025

SELCOFF 2025 Himpunkan Komuniti Kopi Serantau… Aizat Amdan, Bunga Turut Meriahkan Acara!

Festival Kopi Selangor (SELCOFF) 2025 bakal berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober ini di The Curve, Damansara.

Gaya Hidup Fri, 20 Jul 2018

Pening Bau Durian Dalam Kereta? Ini 5 Cara Paling ‘Win’ Untuk Atasinya

Janganlah biarkan bau durian melekat berhari-hari dalam kereta anda, buat pening kepala saja!

Featured Wed, 8 Apr 2020

Bila yang berduit dikuarantin di hotel, gelandangan di dewan serba guna, netizen tempelak isu keadilan

 Bersyukurlah ada tempat berlindung, Ecuador biar mayat tepi jalan

Featured Fri, 8 Mar 2019

Kisah inspirasi wanita di sebalik syarikat penerbangan AirAsia. Girl Power!

Tak sangka wanita pun boleh buat pekerjaan ini.

Featured Wed, 8 May 2019
Featured Wed, 17 Jul 2019

Kejutan filem Kingdom pasti membuatkan penonton terpaku!

Berdebar jantung dan tak kering gusi dibuatnya!

Featured Thu, 10 May 2018

Susu Emas Minuman Berkhasiat Yang Versatil Dan Resipinya Boleh Dipelbagaikan

Perihal minuman kecantikan yang satu ini iaitu susu emas pernah tular kerana bukan saja warna keemasannya yang menggoda selera tetapi juga khasiat yang terdapat di dalamnya.

Featured Wed, 26 Sep 2018
Featured Mon, 24 Feb 2020
error: Content is protected !!