Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 13, 2018 @ 12:25pm

Ayda Jebat ‘Geli’ Panggil Sayang?

Sebelum ini, pelakon Ayda Jebat pernah berganding dengan ramai aktor terkenal menerusi drama lakonannya. 

Namun untuk penggambaran drama Cinta Bukan Kristal, Ayda Jebat akui  sedikit janggal apabila dia ‘geli’ ketika menyebut panggilan sayang kepada aktor, Shaarnaz Ahmad.

“ Dia merupakan best brother yang saya ada, macam abang sendiri. Watak Aryana pula memerlukan saya memanggil dia sayang. Memang geli betul pada mulanya.

“ Sebaik habis saja satu babak, kami memang akan gelak besar di set. Bagi saya, watak Aryana yang perlukan saya memanggil Shaarnaz sayang merupakan benda paling mencabar dalam Cinta Bukan Kristal,” katanya sambil ketawa.

Dalam masa sama, Ayda memberitahu dia pernah bergandingan dengan Shaarnaz Ahmad lebih daripada dua drama sebelum ini.

“ Tiada masalah untuk bekerja dengan dia, sangat fun. Kami juga guna pendekatan untuk kurangkan bersentuhan.

“ Tak ada langsung babak peluk atau bersentuhan tapi boleh dikatakan saya boleh kira berapa kali sahaja saya pegang tangan Sharnaaz dalam drama itu.

“ Penonton zaman sekarang dah bijak. Walaupun tak pegang, mereka dapat ‘tangkap’ dan faham maksudnya,” katanya.

Drama bersiri itu sudah ditayangkan sejak 8 Ogos lalu menerusi saluran Akasia TV3 pukul 7 malam.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Apr 2019
Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Chef Adu Pamer Aksi Mengghairahkan?

Gambar Chef Adu ini sekaligus mengundang pelbagai komen dari followers beliau yang rata-rata kagum dengan gambar yang dimuat naik oleh chef kesayangan mereka ini

Featured Fri, 9 Jul 2021

Selangor Dijangka Masuk Fasa 2 PPN September Ini

Kerajaan Selangor menjangkakan negeri berkenaan akan memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada September ini. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di beberapa daerah di Selangor adalah […]

Featured Sat, 27 May 2023
Events Wed, 27 Mar 2019

理念不合撤资咖啡馆!小东:9月重新出发

咖啡馆经营理念不合,小东决定撤资!“目前有在物色新店铺,预计9月重新出发。”

Featured Mon, 15 Jan 2024
error: Content is protected !!