Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 14, 2018 @ 5:47pm

Terbaik! Ini Cara Kris Dayanti Bantu Mangsa Gempa Bumi Lombok

Diva terkenal Indonesia, Kris Dayanti telah melelong kasutnya dalam usaha membantu membuat kutipan buat mangsa gempa bumi di Lombok.

Penyanyi ini dilaporkan telah menyertai acara lelongan yang diadakan di Kranggan, Jawa Barat pada Jumaat lalu.

Difahamkan, penyanyi ini telah melelong sepasang kasut jenama Christian Louboutin miliknya pada harga 6 juta rupiah (RM1,600).

“Saya mahu melelong kasut yang dibuat di Itali ini, saya pernah memakainya beberapa kali sahaja sebelum ini,” kata Kris.

Selain kasut tersebut, penyanyi ini turut melelong beberapa pasang gaun kesayangannya yang pernah dipakai ke acara-acara besar di Indonesia.

Pelantun lagu Menghitung Hari itu memulakan karier nyanyian di Indonesia pada tahun 1987 dan masih berjaya mengekalkan popularitinya sehingga sekarang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Thu, 15 Sep 2022
Featured Fri, 23 Sep 2022

Portal Berita Sosial Bahasa Cina, Tantannews Kini Bersama REV Media Group!

Wahh menarik ni! Kalau korang tahu bahasa Cina, macam-macam berita boleh dapat dari Tantannews tau 🤓

Hiburan Fri, 23 May 2025

[VIDEO] Suami Puji Bonda Rozita Bertenaga Macam Wanita Muda – “Umur Dah Tua Tapi Dalaman Sihat”

Suami akui tenaga Bonda Rozita luar biasa, tak padan dengan umur sebenar

Featured Wed, 14 Jun 2023

Gambar Profile Di Instagram Hilang, Individu Dakwa Patimah Ismail Padam Gambar Puteri Sarah?

Mungkin Datin Patimah masih bersedih dengan berita Syamsul, Sarah dah bercerai.. 😢😢

Hiburan Thu, 4 Apr 2019
Drama Tue, 31 Dec 2024

Erysha Emyra Mendunia! Watak Aminah Dalam ‘Aku Bukan Ustazah’ Tambat Hati Peminat Drama Sangat Di Tahun 2024

Watak Aminah lakonan Erysha Emyra memang meninggalkan kesan di jiwa penonton Drama Sangat!

Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Featured Mon, 30 Mar 2026

15 Lagu Terbaik Didedahkan, Jom Semak Senarai Penuh… Hanya 20 Lagu Sahaja Layak Tembus Ke AJL 40 SA?

Pentas berprestij muzik tanah air, Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) kembali mencuri perhatian apabila 15 lagu dengan undian tertinggi sepanjang carta Muzik Muzik 40 (MM40) diumumkan menerusi program Muzik Muzik baru-baru ini.

error: Content is protected !!