Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal August 5, 2018 @ 12:02pm

Tips Mengatasi Kemurungan:

Kemurungan yang berlarutan boleh memberi impak yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada mereka yang terlibat.

Tips Mengatasi Kemurungan:

1. Praktikkan Minda Melupakan Kenangan Pahit

Melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu.

Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak.

Maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.

2. Hindari Perasaan Risau Yang Melampau

Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.

Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang teramat sangat.

3. Senyum, Ketawa Dan Terus Ketawa

Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda ceria. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

4. Belajar Erti Bersyukur

Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda.

5. Cuba Jadi Seorang Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda.

Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

Bagi pesakit yang mengalami kemurungan, meluahkan apa yang terbuku di hati mungkin jalan terbaik untuk melegakan perasaan. Apa yang diperlukan bukan sahaja berdialog dengan orang yang sesuai atau juga dengan orang tersayang seperti kawan karib. Hakikatnya, komunikasi adalah satu bentuk terapi yang penting.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sun, 29 Jul 2018

不只苹果…6水果「连皮吃更好」你敢吃奇异果的皮吗?

不只苹果,这些水果的皮最好也吞下去!

LIFESTYLE Fri, 22 Dec 2017

Sebab Elakkan Makanan Warna-Warni Untuk Kucing

Elakkan Makanan Warna-Warni Untuk Kucing, Mungkin Berisiko Menghidap Penyakit Batu Karang

Fab Foodies! Wed, 20 Jun 2018

10大「解嘴馋食物」真的超有感

总是吃不停该怎么办?有时候明明吃很多,还是会嘴馋,一不小心就多嗑完1包饼干或是1杯含糖饮料,累积下来的热量相当可观。

LIFESTYLE Thu, 25 Oct 2018

Nak Rumah Tangga Harmoni, Suami Pun Kena Bantu Buat Kerja Rumah

nak rumahtangga kenalah ringan tangan ya bukan mengharap pada di isteri sahaja

Fab Foodies! Wed, 19 Dec 2018

Go on a Culinary Adventure in Genting Highlands Over the Upcoming Holidays

There are lots of special offers and promos available!

Automobile Tue, 24 Dec 2019
LIFESTYLE Mon, 26 Aug 2019

Suami Juga Boleh Nusyuz, Tanpa Sedar!

Ingatkan isteri saja yang nusyuz rupanya suami pun boleh juga

LIFESTYLE Sat, 20 Jan 2018

Nasihat Penting Buat ‘Kaki Travel’ Ketika Di Lapangan Terbang

“Dah Nampak Tali Gantung, Apa Pun Tak Guna,” Lelaki Ini Beri Nasihat Penting Buat ‘Kaki Travel’ Ketika Di Lapangan Terbang

LIFESTYLE Tue, 8 Oct 2019

Tak Tahu Nak Bawa Apa Ketika Bercuti? Nah, Semak List Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel!

Wow! Menarik juga list yang disediakan oleh tema Xtra ni. korang boleh try nanti okay!

Fab Foodies! Thu, 7 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Pai Labu Manis

Lari dari kebiasaan, hidangkan pai labu ini untuk yang tersayang…Manis, enak & labu antara makanan berkhasiat, jom cuba hari ini. Gerenti korang tak berganjak dari meja makan!

error: Content is protected !!