Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 7, 2018 @ 11:00am

Ini Ujian Paling Hebat Buat Saya – Ismail Izzani

Gara-gara gambar mesranya bersama pelakon Zarina Anjoulie yang viral baru-baru ini, penyanyi Ismail Izzani akui dia mula sedar telah mengecewakan ramai pihak.

Pelantun Luar Biasa ini juga berharap agar pihak peminat di luar sana dapat memaafkannya.

“ Saya anggap ini ujian paling hebat pernah diterima sepanjang usia 18 tahun dan saya sedar ia merupakan pengajaran berguna untuk saya.

“ Sebelum ini mama pernah menasihati saya supaya berhati-hati dan ingatkan dalam industri ini artis yang akan jatuhkan artis dan sekarang baru saya percaya kata mama itu betul,” katanya ditemui semasa rakaman Konsert Debaran Bintang Kecil RTM di MyTown Mall, semalam.

Nama Ismail Izzani menjadi perbualan hangat netizen selepas aktres Fathia Latiff berkongsi gambar tersebut di laman Instagram miliknya namun dipadamkan tidak lama kemudian.

“ Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka. Bila tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan,” akhirinya.

Terdahulu, ibunya, Suliza Salam yang juga merupakan penyanyi era 1980-an menganggap kontroversi yang menimpa Ismail itu adalah perkara biasa dalam industri hiburan dan pernah pesan kepada anaknya tiada lagi privasi selepas ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

TV3影片登「2018 YouTube Malaysia热门视频」冠军宝座!

如同往常,随着今年渐渐地进入尾声,现在是时候回顾定义了今年YouTube流行趋势的热门歌曲,爆红视频以及极具创意的创作者了!

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Wohoooo! Tiket Konsert BLACKPINK Sudah Mula Dijual

Berita baik bagi pengguna Mcalls muzik, anda bakal menikmati diskaun sehingga 40% daripada harga tiket dan pembelian boleh dibuat bermula 30 November.

Featured Sat, 11 Jan 2025

“Industri Akan Rosak, Jika Anak Seni Tak Siapkan Diri Dengan Ilmu” – Nasir Bilal Khan

“Tapi kalau tiada ilmu, akan jadi masalah. Jadi kena cari ilmu yang betul -Nasir Bilal Khan

Featured Fri, 23 Sep 2022
Hiburan Fri, 12 Sep 2025

“Tayang Hidup Mewah Ini Satu Penyakit, Geli Kepada Mereka Yang Tak Reti Bersyukur” – PU Riz

Bermewah ada efek bahagia tapi itu bukan segala-galanya – PU Riz

Hiburan Fri, 20 Dec 2019
error: Content is protected !!