Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin September 5, 2019 @ 5:14pm

Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein Pikul Tugas Mencabar di ABPBH 32. Serasikah mereka?

Oleh Mohamad Amnan Ibrahim

Bahang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 makin terasa lebih-lebih lagi apabila pengumuman siapakah yang akan mengendalikan majlis itu sudah dibuat menerusi majlis pengumuman PraKemucak ABPBH32.

Tak lain dan tak bukan, pengacara popular, Datuk AC Mizal dipilih sebagai pengacara yang akan mengendalikan majlis gilang gemilang itu dan beliau bakal bergabung dengan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein.

Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman. Foto: NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM.

Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, berkata pemilihan AC dan Elly sebagai pengendali acara bertepatan tema ABPBH kali ini.

“Masing-masing sudah membuktikan mereka mencipta kemasyhuran dengan meneroka pelbagai cabang seni, selain mencabar diri untuk terus bertahan dan relevan dalam industri hiburan yang penuh ranjau serta persaingan.

“Pengalaman dan kepakaran AC serta Elly dalam mengendalikan acara anugerah menjadi sandaran ABPBH 32 untuk terus mencipta sejarah, sekali gus kembali diperkatakan di media sosial,” katanya pada majlis berkenaan yang berlangsung di Balai Berita, semalam.

Yang turut hadir, Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamshul Azree Samshir dan Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau Alha.

Pengacacara, Datuk AC Mizal bersama Elly Mazlein pada sidang media pengumuman PraKemuncak ABPBH 32, di Balai Berita NSTP. Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

Pengalaman AC dan Elly tentunya amat berharga untuk menjadikan ABPBH 32 trending di media sosial dan seterusnya mengekalkan status sebagai anugerah dihakimi peminat paling lama bertahan di Malaysia.

Selain itu, barisan penyampai trofi yang dipilih adalah daripada kalangan personaliti dan artis yang memiliki reputasi tersendiri dalam setiap bidang yang diceburi. Antaranya Datuk Alha, Ella, Zara Zya, Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Arslan Butt, Wany Hasrita dan Khai Bahar.

Selain mereka artis lain yang turut diberi amanah menjadi penyampai trofi adalah Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Amy Mastura, Shuib Sepahtu, Azar Azmi, Azhan Rani, Noorkhiriah, Mustapha Kamal dan Aida Khaleeda.

Bagi acara karpet merah yang bakal disiarkan di TV9, gandingan Hefny Sahad dan Ain Edruce pastinya akan menceriakan penonton dengan temubual bersama artis-artis yang hadir pada malam tersebut.

Pemenang untuk Bintang Paling Popular ABPBH 32 akan dipilih daripada kalangan calon Top 5 tempatan yang memperolehi undian tertinggi membabitkan 13 kategori tidak termasuk kategori baharu iaitu Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular.

13 kategori yang akan dipertandingkan ialah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa, Pelakon Wanita TV Popular Alha Alfa, Penyanyi Lelaki Popular DuitNow, Penyanyi Wanita Popular DuitNow, Artis Kolaborasi /Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

Bagi kategori Online pula terdiri daripada Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom.

Usahawan, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil melancarkan produk terbaharu Bonderless Base Makeup Set Alha Alfa selepas sidang media pengumuman PraKemuncak ABPBH 32, di Balai Berita NSTP. Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

Sementara itu pada cara sama, Datuk Alha turut melancarkan set terbaharu Alha Alfa Cosmetics yang dinamakan Borderless sempena tema ABPBH 32 iaitu Melangkauai Sempadan.

ABPBH 32 yang juga mendapat sokongan Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama dan DuitNow sebagai penaja bersama bakal disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada 22 September ini.

Jangan lupa teruskan undian untuk artis pilihan anda menerusi www.abpbh.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 May 2022

#WhazzupNetizen: Neelofa Didakwa Riyak Kongsi Duit Raya Anak, Lucinta Luna Mahu Pindah KL & Penerbangan AirAsia Delayed

Ramai yang kata Neelofa saja ‘menunjuk’, netizen tak setuju Lucinta duduk di Malaysia?

Featured Mon, 9 Jan 2023

[VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Komen Isu Kahwin Lagi – “Jangan Kau Mengundang, Nanti Penyondol Datang..”

Alamakk, isu sensitif ni. Bak kata Wawa semua orang tengah emo isu kahwin dua, tak pepasal kan dah kena marah tuu 🤣🤣🤪

Featured Tue, 24 Aug 2021
Featured Fri, 17 Mar 2023

Terkesan Dengan Isu Buli, Eyra Hazali Dedah Pernah Jadi Mangsa – “Kunci Diri Dalam Bilik 2 Minggu… Sesak Nafas”

Allahuuu, kesiannya 😭😭 Pembuli memang tak akan pernah faham perasaan mangsa ya!

Featured Wed, 25 Mar 2020

Dalam kekalutan COVID-19, kisah Kopi Dalgona sempat mencipta fenomena!

Orang Malaysia walau susah hati, makan tetap makan!

Featured Fri, 5 May 2023

Didakwa Hamil Anak Kedua? Ini Penjelasan Ernie Zakri…

Aww! Kalau betul, kita doakan yang baik-baik saja buat Kak Ninie!

Featured Fri, 9 Sep 2022

Disahkan Paru-Paru Berair, Datuk M Daud Kilau Kini Stabil – “Bila Rasa Penat Dia Akan…”

Alhamdulillah… Semoga Datuk M Daud Kilau diberikan kesembuhan sepenuhnya 🤲

error: Content is protected !!