Fab Foodies! By: Salma Syahbuddin September 12, 2018 @ 6:38pm

Korang Takkan Menyesal Lepas Try Makanan Jepun Ni, Confirm Kenyang Lah!

Sebut je makanan jepun, pasti ramai yang akan buka dompet dan buat kira-kira kan? Walaupun air green tea nya boleh refill sampai perut kembung. 

Tapi, lain pula dengan Restoran Jepun Minori yang terletak di Royal Chulan Hotel Damansara ni, sempena Hari Malaysia, pihak mereka telah memberikan tawaran hebat bagi set hidangan makanan mereka. Dengan hanya RM61 korang boleh makan satu set lengkap hidangan Jepun. Siap dengan dessert okay!

Tawaran hebat ini bermula semenjak sambutan Hari Kemerdekaan lagi iaitu pada 31 Ogos 2018 sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2018 ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai dan menikmati sendiri makanan Jepun dengan suasana yang cukup tenang sehinggakan korang sendiri boleh berangan berada di negara Jepun. 

Pengunjung yang ingin merasai dan menikmati set hidangan lengkap kini tidak perlu lagi berkira-kira mahu menikmati makanan Jepun dan menunggu sehingga waktu gaji tiba, kerana terdapat 3 set hidangan yang pastinya memenuhi citarasa korang yang gilakan makanan berasal dari negara matahari terbit ini. 

Set 1

 

Set istimewa Salmon, bukan sahaja boleh didapati dalam set hidangan lengkap.Tetapi, korang yang mahukan kelainan dan mahu membuat tambahan makanan berasaskan ikan salmon, ini yang patut korang cuba! Confirm tak tidur malam.

Salmon Tartare

 

Salmon flake over steam rice

Set 2

Dan kepada korang yang tak berapa nak sukakan ikan salmon atau apa sahaja yang berunsurkan salmon, jangan risau korang boleh try yang ni pula!

Rasa daging yang juicy ditabur dengan kepingan bawang puting goreng dan disertakan dengan hirisan sayur-sayuran membuatkan hidangan ini amat sesuai dihidangkan bersama nasi.

Grilled Saba Mackerel Topping Mentai Mayo Flavor

Set 3

Hidangan seperti Saute Cube Boneless Chicken with Teriyaki Sauce ini, bila dihidangkan bersama nasi goreng yang kaya dengan sayur-sayuran dan rasa bawang putihnya membuatkan setiap suapan begitu bermakna. Mana taknya, hidangan lengkap ini pastinya sangat ditunggu-tunggu bagi penggemar makanan Jepun kerana harga yang ditawarkan juga sangat murah dan berbaloi.

 

Vegetable Garlic Fried Rice

Setiap hidangan tidak kiralah makanan Jepun, Chinese, atau Melayu, hidangan pastinya tidak lengkap tanpa pemanis mulut yang pastinya ditunggu-tunggu.

Antara pemanis mulut yang sering mendapat tempat di Restoran Jepun Minori ini ialah, Matcha Mousse. Rasa cheese nya yang kaya dan cair dimulut ini pastinya sangat berbaloi untuk ditunggu sehingga ke hidangan terakhir.

Matcha Mousse

Ada tips tau untuk korang bila makan pencuci mulut ni, pastikan pinggan hidangan korang licin okay! Jangan tanya kenapa, rasa dulu, baru tahu.

Kepada yang mahu mencuba set lain selain tawaran hebat ini, korang bolehlah berkunjung sendiri ke Restoran Minori kerana mereka akan menyediakan pelbagai menu pilihan dengan tawaran harga yang berpatutan. 

Sesuailah dengan tagline nya “The Soul of Tradition Japan served in style”.

 

Minori Omasake at Royale Chulan Damansara 

Alamat : 

1st Floor, The Royal Chulan, 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Masa Operasi:

12 PM – 2.30 PM and 6.30 PM to 10.30 PM

Untuk membuat tempahan:

03-7959 9099

Atau boleh follow mereka di :

Instagram: @minoriomakase

FB: Minori Omakase

Twitter: @MinoriOmakase

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 27 Dec 2019

Undian ERA Digital Music Awards (EDMA) Kini Bermula!

Jangan lupa untuk undi artis kegemaran korang!

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Chong Wei SAH Kanser Hidung Peringkat Awal

Susulan itu, Meja Sukan NSTP melaporkan pemain berusia 36 tahun berkemungkinan besar terpaksa ‘menggantung raket’ kerana sebenarnya mengalami masalah kesihatan yang serius.

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Michelle Yeoh: Looking Rich and NOT Crazy With Signature Emerald Ring

Michelle Yeoh wore the gorgeous ring from Crazy Rich Asians to the 2019 Golden Globes!

Featured Mon, 4 Dec 2023
Featured Tue, 2 Apr 2024

“Saya Mengaku Sebagai Scammer, Tapi…” – Datuk Red Akui Khilaf, Kini Gigih Berusaha Kumpul Duit Lunaskan Hutang

Betul! Mulut orang tak boleh nak tutup. Yang penting sekarang ni moga Datuk Red cekal menjalani kehidupan dan dapat pekerjaan yang baik inshaa-Allah💪

Featured Mon, 3 Jul 2023
LIFESTYLE Fri, 1 Mar 2019

Tontoni Variasi Dokumentari Menarik Di Saluran Al-Jazeera Bulan Mac Ini

Antara dokumentari menarik yang disajikan pada bulan ini adalah Battlefield Washington, Myanmar: Unholly Alliance, Head to Head dan slot WITNESS: The Husband School, False Confession dan The Belarus Dilemma.