Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 19, 2018 @ 12:38pm

Terima Kasih, Tulus!

Tujuh tahun, tiga album… kedatangan beliau ke Malaysia mungkin sedikit terlewat berbanding rakan seangkatannya.

Namun begitu, persembahan sulung Tulus di Istana Budaya membuktikan ‘ Biar Lambat, Asalkan Berbaloi’. Ternyata aura Tulus berjaya memukau kesemua penonton yang hadir. Memang ekstravaganza!

Konsert Tulus Live bermula tepat pada jam 9 malam tadi turut menyaksikan rangkaian lagu-lagu popular antaranya Baru, Kisah Sebentar, Ruang Sendiri, Gajah, Langit Abu-Abu dan banyak lagi.

Sebanyak 15 buah lagu didendangkan dalam konsert berdurasi selama dua jam itu.

Tulus ketika ditemui di sidang media sejurus tamat konsert amat berterima- kasih kepada peminat di Malaysia atas sokongan luar biasa.

“ Saya bersyukur sekali kerana diterima baik di sini atas sambutan konsert kali ini. Ini merupakan kali pertama saya mengadakan konsert di sini, ternyata di luar jangkaan. 

“ Saya senang berada di sini dan kalau boleh saya mahu ke sini lagi mungkin untuk konsert seterusnya di masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Tulus mengaku ada meminta tips dari penyanyi terkenal Indonesia, Rossa sebelum terbang ke sini.

“ Teh Ocha (Rossa) sudah biasa membuat persembahan di sini. Saya ada hubunginya dan meminta kata semangat. Sama sepertinya, saya selesa menghiburkan peminat di sini,” katanya yang memuji semangat penonton Malaysia.

Tambah Tulus, dia membuat persediaan rapi sebelum terbang ke Malaysia terutama dari segi mental. 

“ Konsert ini merupakan gabungan lagu daripada tiga album saya sebelum ini. Latihan rutin dilakukan sejak di Jakarta lagi. Setelah itu, kami berangkat ke Kuala Lumpur dan lakukan latihan secara lansung di Istana Budaya.

“ Paling penting adalah persediaan mental. Maklum saja, ini merupakan persembahan sulung saya di sini. Persediaan berjumpa dengan peminat yang menggemari karya saya selama ini,” katanya gembira.

Tulus juga terharu apabila melihat rakan artis tanah air yang hadir memberikan sokongan antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selain itu juga, antara selebriti yang hadir adalah Nabila Huda, Misha Omar, Waris, Sherry Alhadad, Cat Farish dan ramai lagi.

Tambahnya, dia berharap diberi berpeluang untuk beraksi di Kuala Lumpur pada masa depan.

“Tentunya saya berharap akan ada peluang lagi untuk saya mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Kalau ada peluang, saya nak bawa lebih ramai pemuzik,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Awas! Padam Nama Siti Nurhaliza Kalau Tak…

Saya menafikan sekeras-kerasnya berita itu (jika dirujuk pada saya) dan tidak pasti tujuan pihak yang menulis berita palsu itu.

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Featured Tue, 2 May 2023

Tak Berminat Beli Barang Berjenama, Nabila Huda Ikhtiar Cari Pil Dapat Zuriat Hingga Ke London?

Insya-Allah ada rezeki Abil dengan suami, semoga dipermudahkan

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Penampilan Tindik Hidung Shila Amzah Dikritik, Peminat Bidas Komen Netizen Mulut Puaka – “Tak Salah Pun, Janji Tak…”

Alamak, Shila betul ke tindik hidung tu? Fesyen kot kan maybe pakai yang jenis pelekat tindik hidung hihihiii

Featured Sun, 12 Feb 2023

Ali Puteh Akan Bayar Hutang RM60,000 Secara Ansurans, Tampil Dedah Sebab Tak Beri Kunci Rumah Pada Balu Abam…

Ali Puteh tampil beri penjelasan isu rumah arwah Abam Bocey terbiar 🤔

Hiburan Tue, 7 Oct 2025
error: Content is protected !!