Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin October 11, 2019 @ 11:00am

Pizza Hut Malaysia aktifkan piza gunung berapi untuk sambutan akhir tahun!

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Kurang tiga bulan sebelum sambutan hujung dan awal tahun, kebanyakan rakyat Malaysia pastinya sedang merancang aktiviti yang akan dilakukan bersama keluarga, pasangan, mahupun rakan.

Antara aktiviti popular yang lazim dilakukan oleh masyarakat Malaysia ketika menyambut perayaan berkenaan adalah makan besar bersama-sama yang pastinya menggembirakan semua pihak.

Oleh sebab itu, Pizza Hut Malaysia, jenama restoran piza yang sentiasa menyediakan kemudahan, keenakan dan pengalaman terbaik kepada rakyat Malaysia memperkenalkan hidangan terbaharunya, piza Black Volcano  yang dibawa khusus untuk sambutan hujung tahun yang bakal tiba.

Mengambil inspirasi daripada kehangatan dan kejutan gunung berapi, piza Black Volcano menggabungkan tiga bahan makanan yang unik selari dengan evolusi restoran piza terkemuka berkenaan.

Hidangan Piza Black Volcano menggabungkan tiga bahan utama iaitu doh yang diadun bersama arang, keju, dan juga taburan ketulan ayam rangup.

Dengan doh yang diadun bersama arang, proses yang menghasilkan kerak berwarna hitam, piza terbaharu ini disempurnakan oleh gabungan keju yang melimpah seperti ‘volkano’ dan juga taburan ketulan ayam rangup yang pastinya menghadirkan keterujaan di meja makan.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler, berkata syarikatnya sentiasa meletakkan pelanggan sebagai panduan di dalam setiap hidangan terbaharu yang diperkenalkan.

“Kami faham yang hujung tahun merupakan waktu yang paling sesuai bagi kebanyakan rakyat Malaysia untuk berkumpul, mengadakan sambutan serta meluangkan masa bersama-sama yang tersayang, setelah memberikan yang terbaik sepanjang tahun.

“Justeru, kami berharap pengenalan piza pertama yang menampilkan adunan doh bersama arang di negara ini mampu memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia dan khususnya pelanggan kami  untuk menikmati hidup dengan lebih bermakna.

Ketua Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler (kiri) dan Ketua Syarikat  Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok menunjukkan hidangan Black Volcano Pizza. Foto: Pizza Hut Malaysia

“Saya juga pasti yang inovasi tebaharu ini akan meletakkan Pizza Hut sebagai satu jenama yang tersendiri dan kekal di barisan hadapan dalam memenuhi selera dan kehendak semasa masyarakat Malaysia,” katanya.

Jean turut berharap hidangan piza Black Volcano mampu menjadi smakanan yang berupaya mengeratkan hubungan sesama keluarga, rakan dan pasangan di samping menjamu selera pada sambutan hujung tahun yang bakal menjelang tiba.

Black Volcano Pizza akan mula dihidangkan di kesemua restoran Pizza Hut bermula hari ini hingga 31 Disember 2019. Khidmat penghantaran turut disediakan bagi pelaggan yang mahu menikmatinya di rumah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 19 Nov 2018
Acara Thu, 22 Aug 2019
Acara Sat, 29 Jan 2022

Teater Tanjong Beri Wadah Kepada Remaja & Kanak-Kanak

Teater Tanjong merupakan sebuah teater anjuran Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan dengan kerjasama JKKN Negeri Sembilan dan disokong oleh MyCreative, Cendana dan juga PRISMA. Pementasan ini bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak […]

Acara Thu, 27 Nov 2025
Eat Travel Tue, 30 Oct 2018
Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

5 butik hotel yang wajib anda daftar masuk di Pulau Pinang

Penginapan yang pasti meninggalkan memori indah

Eat Travel Wed, 3 Oct 2018

5 Lokasi Pulau Cantik Di Johor Yang Wajib Anda Pergi

Bagi anda yang tengah merancang nak berbulan madu, bolehlah pilih lokasi pulau ini.

error: Content is protected !!