Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida September 26, 2018 @ 10:47am

‘Orang Kuat’ Instagram Letak Jawatan Lepas Bergaduh Dengan Mark Zuckerberg?

Selepas beberapa bulan pengunduran pengasas bersama Whatsapp, Jan Koum, kini tiba pula giliran peletakan jawatan pengasas bersama Instagram.

Dua tunggak utama dalam aplikasi Instagram iaitu Kevin Systrom dan Mike Krieger masing-masing memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknikal syarikat terkenal itu.

Ini menyebabkan laman sosial Facebook, yang juga pemilik Whatsapp, kini beroperasi tanpa tunggak utama mereka.

Systrom dalam entri terbaru di blog miliknya pada Isnin berkata, beliau dan Krieger merancang untuk berehat seketika bagi ‘menyelami daya kreativiti masing-masing sekali lagi’.

Pengumuman peletakan jawatan dua individu berpengaruh syarikat berkenaan dibuat selepas perselisihan faham bersama Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg semakin kerap berlaku, membabitkan hala tuju Instagram.

Dalam satu kenyataan, Zuckerberg menyifatkan dua individu berkenaan sebagai ‘ketua produk yang amat luar biasa’.

“Saya banyak belajar daripada mereka berdua sejak enam tahun lalu dan ia satu pengalaman menyeronokkan. Saya mengucapkan selamat berjaya dan tidak sabar menunggu produk terbaru mereka selepas ini,” kata Zuckerberg.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 1 May 2020

Negara Alami Kerugian Mendadak 2.4 Billion Sehari Ketika PKP- PM

Semoga ekonomi kita mampu dipulihkan segera..

Featured Fri, 13 Jun 2025

Makin ‘Hot’! Sharifah Sakinah Akhirnya Pamer Aksi Mesra Bersama Suami Baru

Sakinah hadir dengan busana berona biru gelap rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam bersama Cyril Kongo seorang pelukis grafiti terkenal Perancis.

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Waktu Berbuka 7.29 Malam, Kenapa Menggeletis Nak Balik Kerja Awal?” – Kenyataan Cef Zam Cetus Perdebatan Hangat Netizen

Cef Zam mempersoalkan alasan mereka yang dikatakan tergesa-gesa untuk pulang sebelum waktu berbuka puasa

Hiburan Fri, 17 Apr 2026

Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama

Umairah menggantikan Amira Othman menyampaikan lagu Rasa & Takdir di AJL40 Separuh Akhir.

Hiburan Tue, 10 Feb 2026

Sering Terima Komen ‘Elok Tengok Cermin Dulu’, ‘Pergi Tegur Adik-Adik Dulu’… Ini Respons PU Riz

PU Riz turut menjawab komen sinis yang menyarankan agar dia ‘melihat cermin dahulu’ atau menegur keluarga sendiri sebelum menasihati masyarakat

Featured Mon, 1 Dec 2025
error: Content is protected !!