Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 1, 2018 @ 6:00pm

Konsert Bakal Lebih ‘Intim’, Afgan Janji Kelainan Di Konsert DEKADE 2018

Afgan is back! Sempena sambutan ulangtahun ke 10 dalam industri muzik, Afgan bakal kembali ke Kuala Lumpur sekali lagi pada 3 November depan.

Bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre, Afgan bakal mempersembahkan barisan lagu terbaik daripada album pertama sehinggalah album terkini, DEKADE.

Ketika ditanya kelainan yang bakal dibawakan dalam konsert ini, penyanyi berusia 29 tahun ini memberitahu DEKADE menampilkan sisi lebih peribadi.

“ Saya mahu kongsi perjalanan seni saya sepanjang berada di dalam industri nyanyian. Pendek kata, lebih intim. 

“ Saya belum pernah lakukannya sebelum ini tetapi demi konsert DEKADE, saya akan buat. Saya mahu peminat yang setia menyokong selama ini hadir dan menyambut ulang tahun kejayaan ini bersama-sama,” katanya di sidang media Konsert DEKADE Afgan Live In Kuala Lumpur 2018 di Shangri-La, hari ini.

Lebih menarik, Afgan bakal berduet dengan kumpulan Ruffedge dalam sebuah segmen khas.

“ Kolaborasi kami adalah kerana persamaan dalam genre lagu iaitu R&B. Saya juga tak sabar nak berkongsi pentas bersama mereka,” katanya ringkas.

Untuk para peminat Afgan di seluruh Malaysia, dapatkan tiket segera sebelum terlambat. Harga tiket bermula dari RM 288 sehingga RM 1288. Korang boleh dapatkannya di http://premier.ticketcharge.com.my atau hubungi di talian 03-9222 8811. Pemegang kad kredit Maybank boleh menikmati diskaun 10% untuk setiap pembelian. Jangan ketinggalan ok? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 18 Apr 2019

International DJ Sander Van Doorn to Party it Up in Zouk Genting!

He’s played at TOMORROWLAND, Ultra Music Festival, etc., and now he’s going to play right here in Malaysia!

Featured Thu, 30 Mar 2023
Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sentuhan Segar Menggamit Nostalgia, Melodi Memperkenalkan Muzik Video ‘Lagu Raya Untukmu’ Nyanyian Hael Husaini

Lagu Raya Untukmu hadir dengan gabungan elemen moden dan klasik yang menjadikannya segar, namun masih mengekalkan jiwa perayaan yang penuh nostalgia.

Trending Wed, 17 Jun 2020

Cukup Sayu, Cucu Bagi Bantuan CPR Demi Selamatkan Nenek Dijangkiti Covid-19

Semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga pemuda ini.

Featured Mon, 10 Apr 2023
Events Mon, 8 Apr 2019

P&G and Shopee are Swaying Away Bad Hair Day for Everyone!

Save the date and grab your bottle of shampoo for that gorgeous and healthy looking hair before they run out of stock! 

error: Content is protected !!