Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri October 24, 2018 @ 12:09pm

Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Sedang mencari telco yang bersesuai dengan tempat tinggal anda tapi tak tahu yang mana lebih bagus? OpenSignal mungkin boleh bantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

OpenSignal merupakan sebuah aplikasi yang mana anda boleh mengenalpasti liputan rangkaian mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan. Melaluinya juga anda boleh menguji kelajuan, mencari menara telco dan WiFi Hotspot yang terdekat.

Muat turun OpenSignal dari Google PlayStore atau App Store, dan setelah siap dimuat turun, buka untuk aktifkan aplikasi.

Untuk menyemak liputan isyarat mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan, pergi ke simbol Coverage dibahagian kanan bawah.

Taip nama kawasan yang dikehendaki pada ruang Search Location, dan disebelah kiri pilih Show All untuk penyedia telco dan jenis rangkaian sama ada 2G, 3G atau 4G. Seperti contoh dibawah.

Setelah itu, tekan View Network Stats. Paparan akan menunjukkan liputan isyarat dari penyedia yang ditawarkan dikawasan tersebut. Ia juga akan menunjukkan Download Speed, Upload Speed, Latency, dan Reliability.

  • Download Speed – Kelajuan muat turun maksimum dikawasan tersebut (lebih tinggi lebih bagus)
  • Upload Speed – Kelajuan muat naik maksimum dikawasan tersebut (lebih tinggi lebih bagus)
  • Latency – Masa yang diperlukan untuk peranti anda menghantar data ke menara telco yang terdekat (lebih rendah lebih bagus)
  • Reliability – Tahap kestabilan liputan rangkaian di kawasan terbabit (lebih tinggi lebih bagus)

Sekiranya anda terpaksa berpindah ke tempat baru dan tidak mempunyai idea bagaimana liputan dikawasan tersebut, OpenSignal boleh bantu anda.

sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Mar 2025

Selepas MV Dikritik, Mimi Fly Lebar Sayap… ‘Serumpun’ Kini Buat Kolaborasi Epik!

Teruja dengan kerjasama tersebut, Mimi memaklumkan, usaha ini dilakukan dalam kempen #SerumpunSkyDance.

Featured Mon, 30 Jun 2025

Hubungan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Belum Dapat ‘Restu’ Daripada Bapa

Ameera mengakui masih belum mendapat restu daripada bapanya.

Trending Sun, 16 Mar 2025

Replika Baju Melayu Gergasi Cetus Kontroversi, Ini Penjelasan Pengasas Bulan Bintang

Kehadiran replika baju Melayu gergasi mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

TECH Fri, 29 Jun 2018

Kemas Kini Terbaharu Instagram: Tambahan Lagu Pada Perkongsian Instagram Stories

Instagram telah mengemas kini pelbagai ciri-ciri yang menarik dalam aplikasi mereka baru-baru ini. Seiring dengan peningkatan populariti Instagram Stories yang kini mencecah 400 juta, Instagram telah menawarkan ciri baharu iaitu sokongan muzik dalam Instagram Stories. Sama […]

TECH Tue, 10 Sep 2019

Rakyat Malaysia Lebih Suka Google Maps Dari Waze

mana satu pilihan anda waze atau google maps?

TECH Thu, 12 Jul 2018

SOCAR Now Offers One-Way Trips and Monthly Contest to Go ANYWHERE

Don’t you want to win a mystery adventure to anywhere around the world? More details inside!

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Tahniah! Ini Senarai Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL 33

Tahniah buat kesemua finalis! Tak sabar nak tengok persembahan mereka di pentas AJL 33 tahun depan.

error: Content is protected !!