Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal September 12, 2018 @ 12:53pm

Tolong Kuarantin Dalam Rumah,Jika Anak Dijangkiti HFMD

Umum sudahpun sedia maklum dengan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang ketika ini sedang melanda beberapa negeri di tanah air tercinta, antara Pulau Pinang dan Sabah. Malah, wabak HFMD ini turut memaksa penutupan beberapa buah sekolah sebelum ini bagi mengelak daripada ia terus merebak dalam skala yang lebih besar.

Malah agensi berkaitan sebelum ini turut memaklumkan kemudahan yang disediakan di pusat membeli belah seperti troli berisiko menjadi agen penyebar penyakit berbahaya ini selain kemudah-kemudahn yang disediakan di taman permainan kanak-kanak. Lebih membimbangkan, HFMD ketika ini lebih banyak menyerang kanak-kanak ketika ini sekaligus memberi isyarat bahawa ibu bapa perlu peka dengan amalan kebersihan anak-anak masing-masing.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Syazwanie Idris telah berkongsi beberapa panduan ringkas yang boleh dan mudah untuk dilaksanakan oleh ibubapa-ibubapa di luar sana ketika berhadapan dengan gejala HFMD yang ketika ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan selesai dalam masa terdekat.

Nak tahu apa tips-tips yang diperolehinya dalan satu taklimat kesihatan? Jom baca perkongsiannya di bawah.

Hari ni pergi taklimat dari pejabat kesihatan daerah mengenai HFNM (Hand, Food and Mouth Disease) virus ni makin menganas sekarang ni kan. Sebagai ibu dan seorang pengasuh taska memang WAJIB ada benda ni.

Selama ni pakai yang brand dettol tu je, jenis picit tersilap picit lebih penuh satu tapak tangan. Huhuhu

HAND SANITIZER brand ni jenis sembur so mudah sangat lah nak guna. sap sap sap jer dah bersih In Sha Allah at least kita cegah sebelum terkena kan? Sis nak share ilmu yang sis dapat hari ni mengenai HFNM macam mana nak elak kan anak-anak kita dari terkena virus ni.

1. Elak kan dari berkungjung ke tempat awam macam shopping mall atau playground (indooratau outdoor) sebab salah satu agen terbesar kuman ni ada pada TROLI shopping mall tu.

2. SEBELUM guna troli tu pastikan kita dah sembur HAND SENITIZER ni atau TISU basah yang ada ANTIBACTERIAL ni tak kira lah kerusi kedai makan ke apa-apa peralatan yang melibatkan sentuhan pada anak kita.

3. Sebelum menyentuh apa-apa makanan PASTIKAN tangan dicuci dengan sabun amalkan cara cucian tangan dengan betul.

4. Jika anak-anak demam dan ada tanda-tanda merah pada tapak tangan kaki dan ruam merah dalam mulut segera lah bawa anak-anak ke klinik kesihatan /hospital.

Jika anak-anak dah terkena virus ni mintak tolong ibubapa KUARANTIN anak di rumah sahaja!

Jangan dedahkan anak-anak ke tempat awam maklumlah cuti seminggu doc bagi mula lah plan nak bercuti lah bawak anak pergi mall lah, please! Kalau kata kena KUARANTIN buat lah sebaik mungkin! Cegah lah sebelum merebak.

Sumber : Nurul Syazwanie Idris

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 19 Sep 2019

Pharell Williams Supports Women Empowerment With Adidas Originals Campaign “Now Is Her Time”

Dear Pharell, we love you, sincerely, women from all over the world.

Fab Foodies! Tue, 20 Mar 2018

Attention, Chicken Rice Lovers! This 3kg Plate is Meant for You

This restaurant serves a gigantic 3kg chicken rice to customers and it will definitely satisfy your cravings!

LIFESTYLE Sat, 21 Dec 2019

Jangan Selalu Berjaga Sampai Lewat Malam.

Mungkin Jadi Punca Obesiti Dan Diabetes

LIFESTYLE Wed, 25 Jul 2018

3个方法学习肯定自己「你不完美但也不糟糕」

每次听朋友炫耀家庭、工作有多美满时,不免会心生妒忌,甚至在求学时期,就常觉得自己不如他人,总是羡慕那些会玩又会念书的人,但一辈子都在羡慕他人与否定自己间无限轮回,不觉得这样的人生很辛苦吗?

LIFESTYLE Wed, 24 Jul 2019

测你最近有机会认识好对象吗?

单身不是种罪,但那孤单感,却总是让人感到无力……

LIFESTYLE Tue, 26 Jun 2018

3秒测出你给人「第一印象中的缺点」第一眼看到什么?

虽然说勿以貌取人,但藉由初次见面的谈吐塑造的第一印象都会影响接下来对某人的想法和观感。

Fab Foodies! Thu, 24 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Ikan Salmon antara hidangan terbaik memandangkan ia datang dengan sumber protein berkualiti tinggi. Harganya mungkin sedikit mahal berbanding ikan lain, perlu tahu…ikan Salmon kaya dengan asid lemak omega-3 (baik untuk kesihatan kulit dan rambut)

Fab Foodies! Thu, 7 Feb 2019

Impress Your Partner By Bringing Them Out on a Fancy Date at GRAZE

Gorgeous people deserve gorgeous food on Valentine’s Day.

LIFESTYLE Sat, 15 Sep 2018

Cara Mengatasi Gastrik Ketika Hamil

Alami gastrik sewaktu hamil , cuba tips ini

Events Tue, 22 May 2018

Air Mata Jatuh Disebabkan Skandal 1MDB

Niat saya bukan untuk balas dendam tetapi demi negara dan memulangkan wang rakyat mengikut lunas undang-undang…

error: Content is protected !!