Featured By: Yanie Baharom January 13, 2020 @ 12:00pm

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Kata orang di usia muda inilah saat terbaik untuk kita menyimpan, bukannya hidup dibebani hutang keliling pinggang.

Masalah sebegini akan terjadi apabila kita tidak realistik, menjalani hidup tanpa mengukur baju di badan sendiri.

Apa itu ukur baju di badan sendiri? Pepatah Melayu ini menjelaskan suatu keadaan di mana individu bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.

Demi memenuhi gaya hidup mewah dan mengikut aliran, ada yang sanggup berbelanja di luar kemampuan misalnya mengutamakan kehendak daripada keperluan.

Jangan tidak percaya, menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), golongan muda khususnya yang berusia lingkungan 20-an dicatatkan sebagai paling ramai diisytihar muflis.

Kebanyakan mereka adalah daripada lepasan kolej atau universiti dan baharu menempuhi alam pekerjaan. Bagaimana perkara ini boleh terjadi. Berikut kami senaraikan antara punca muflis pada usia remaja:

1. Mahu kereta gempak!

Kereta atau motosikal merupakan keperluan asas bagi mereka yang bekerja terutama jika tinggal di kawasan yang jauh dari pejabat. Tiada salahnya untuk membeli kenderaan walaupun anda baru bekerja, asalkan tidak membebankan.

Contohnya gaji baru yang diperoleh setiap bulan ialah RM2,000 tetapi hendak melaram dengan Honda Civic. RM1,000 hanya untuk bayar kereta, mana lagi wang untuk membayar rumah sewa, peruntukan duit minyak dan tol termasuk untuk kegunaan komitmen yang lain.

Jadi kalau sudah tahu gaji kecil, belilah kereta Viva dahulu. Esok-esok apabila sudah naik pangkat barulah pakai kereta mewah sikit.

Jangan  disebabkan gara-gara tidak mampu membayar ansuran bulanan kereta, ramai remaja yang diisytihar muflis disebabkan keadaan ini.

2. Kad kredit, ini paling bahaya!

Mempunyai kad kredit atau wang plastik itu memang seronok, boleh membeli apa sahaja barang yang terlintas di fikiran secara hutang. Mahu membeli beg tangan Gucci sebiji pun boleh walaupun dalam akaun hanya berbaki RM20.

Cukup bulan bayar ansuran minimun kad kredit RM500, selepas itu godaan nafsu datang lagi dan berbelanja lagi. Sikap sedemikian berlanjutan untuk bulan-bulan seterusnya. Akhirnya hutang kad kredit menggunung di tambah pula dengan bunga, puluhan ribu ringgit jadinya.

Apabila keadaan seperti di atas berlaku kepada individu, pihak bank akan menyekat penggunaan kad kredit, malah minimun wang yang perlu dibayar untuk menyelesaikan segala hutang piutang juga boleh mencecah empat angka. Kemungkinan besar gaji yang diperoleh tidak ,mencukupi untuk menampung bayaran yang sepatutnya , akhirnya saban bulan apa yang dilakukan ialah membayar bunga sahaja.

Jadi tidak hairanlah kenapa kad kredit merupakan salah satu jalan mudah untuk muflis. Amat bahaya bagi mereka yang tidak pandai mengawal dan memanfaatkan penggunaannya dengan bijak.

3. Berbelanja mewah

Kebiasaannya golongan muda yang baharu bekerja akan teruja sebaik sahaja menerima gaji bulanan mereka.

Ada di antaranya yang sanggup berbelanja besar seperti membeli pakaian berjenama, beg tangan dan telefon bimbit dengan harga di luar kemampuan.

Lebih kronik, kalau mereka itu jenis yang gemar menghabiskan hujung minggu di pusat hiburan terkemuka dan membelanjakan gaji dengan membeli alkohol. 

Ini bukan cerita auta tapi fakta! 

4. Berhutang majlis kahwin? Biar betul!

Foto: mStar

Demi meralisasikan impian perkahwinan yang gah, ada pasangan muda sanggup membuat pinjaman peribadi demi mengadakan perkahwinan impian mereka. Apatah lagi, skim pinjaman peribadi untuk perkahwinan sebegini ini ada ditawarkan beberapa bank tempatan.

Selesai majlis kahwin, banyak perkara yang perlu difikirkan antaranya mencari kediaman sesuai untuk menetap bersama pasangan, membayar bil bulanan selain perbelanjaan dapur, kos pengangkutan dan kos lain yang mungkin perlu diselesaikan dengan kadar segera.

Gara-gara bebanan hutang perkahwinan yang terpaksa dipikul, hidup suami-isteri bergaduh setiap hari apabila mengalami masalah kewangan. Maka tidak hairanlah jika masalah hutang ini antara punca kadar perceraian meningkat sekali gus risiko untuk diistihar muflis adalah amat tinggi.

5. Tidak menyimpan

Tiada langsung simpanan di dalam bank. Tabung kecemasan pula jauh panggang dari api. Keadaan ini boleh meletakkan inividu dalam keadaan yang agak bahaya kerana jika berhadapan masalah kesihatan, wang langsung tiada untuk membiayaan perubatan walaupun individu mungkin ada mengambil insuran kesihatan. Mulakan menyimpan sekarang!

6. Pelaburan Skim Cepat Kaya

Foto: Newsweek

Siapa yang tidak mahu kaya. Tapi kalau gaji idak seberapa maklumlah baru bekerja, tidak perlulah mengambil langkah bermain saham atau menyertai skim cepat kaya dengan harapan mendapat pulangan berlipat kali ganda.

Belajarlah menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bulanan yang diterima contohnya menyimpan sedikit di dalam akaun Amanah Saham Bumiputera. Jika ada yang berpendapat melabur untuk skim cepat kaya dengan niat untuk kaya dengan cara yang cepat, lupakan sahaja niat berkenaan!

Dalam situasi ini, bukan duit kamu sahaja yang melayang, silap-silap nyawa nyawa juga boleh ‘terbang’ bila pelanggan yang melabur dengan anda sakit hati  lantaran tiada pulangan yang diterima sedang duit sudah banyak dilaburkan.

Rumusan daripada perkongsian di atas, jika mahu berjaya dalam hidup, bekalan ilmu mesti dan ada individu yang berpendapatan besar, gaji RM5000 ke atas pun belum tentu mempunyai simpanan dan aset dalam bentuk hartanah.

Justeru, jika tidak bijak mengatur kewangan, duit berjuta yang ada dalam simpanan pun boleh membuatkan individu jatuh muflis! jadi, beringat sebelum ianya berlaku terhadap diri kita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Nov 2022

Cakra Khan Pernah Jual Jam Tangan Untuk Bayar Gaji Pekerja

Kesiannya sampai macam tu sekali ya..

familuv Mon, 7 Jan 2019

3 Genius Decorating Ideas For The Perfect Baby Shower

Not only are they cute, some of them can be eaten!

Gaya Hidup Thu, 20 Sep 2018

Nak Mulakan Perniagaan Online Tapi Takut Ia Remeh? Avana Membantu Permudahkan Kerja Anda

Sistem ini meringkaskan lagi proses penjualan anda supaya perniagaan anda boleh berkembang.

Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Sat, 8 Oct 2022

Bakal Timang Anak Ke-6, Isteri Aliff Syukri Terkejut Video Tular – “Bukannya Saya Baru Hamil Anak Sulung”

Tahniah DS Aliff Syukri & DS Shahida… Ramai-ramai baru meriah rumah! 😍

Featured Tue, 7 Nov 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022

Dapat Tajaan Buat Rawatan Bariatrik, Tetapi Nora Ariffin Menolak Gara-Gara…

Wah siap dapat sponsor lagi.. Eh, tapi kenapa ditolak?

Eat Travel Wed, 25 Apr 2018

Sekali Cuba Hendak Lagi, Fradoo ABC Special Madness Bikin Pelanggan Ketagih!

Halakan perjalanan anda ke Fradoo ABC Special Madness yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam, untuk merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan ABC yang cukup lazat.

Featured Mon, 18 Oct 2021

KKM Mahu Bersemuka Dengan Kumpulan Antivaksin

Susulan kes kumpulan antivaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan  berdasarkan kajian klinikal yang sahih. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, perjumpaan tersebut perlu […]

Featured Fri, 13 May 2022

“Mungkin Dia Malu Kot…” – Lelaki Berbaju Melayu Curi Kondom Di Kedai Serbaneka

Alamak… 1 Syawal dah macam-macam hal eh! Habislah lepas ni baju Melayu merah kena blacklist 😂