Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 18, 2018 @ 3:00pm

‘ Cari Pelakon Baru Yang Boleh Berlakon, Jangan Menyusahkan Semua’ Shukri Yahaya Sindir Siapa?

Pelakon Vila Ghazara, Shukri Yahaya ‘menegur’ seorang pelakon baharu menerusi laman Instastorynya, semalam.

Tulis Shukri, dia turut berpesan kepada produser dan pengarah agar mencari pelakon baru yang boleh berlakon. 

” Jangan menyusahkan semua. Aku tahu kamu yang baru mahu menunjukkan yang kamu boleh berlakon. 

” Takkan babak marah, pukul, kau nak pukul betul-betul. Mampuslah orang yang kena tu. Kalau kau dekat tempat orang tu pun lunyai kau kena,” luahnya.

Tambah Shukri, dia pernah melakonkan pelbagai watak tapi tidak sehingga mendatangkan kemudaratan pada orang lain.

” Kata belajar belajar dengan orang hebat-hebat?,” katanya.

Dalam masa sama pelakon berusia 30 tahun ini menasihatkan guru lakonan lebih peka dengan teknik pembelajaran lakonan.

” Harap cikgu yang ajar bukan setakat mengajar masukkan roh, ajar sekali teknik kameranya.

” Belajar cari kamera, teknik lempang, teknik pukul, semua ada teknik sayang. Kau setuju ke kalau aku lempang tendang terajang kau betul-betul? Rakamkan banyak dalam satu babak?,” luahnya.

Soalnya sekarang, siapa agaknya individu yang dimaksudkan itu? Lepasni jangan terlalu emosi, mendalami watak sehingga mencederakan orang lain tau.

Jangan lupa terus tonton Vila Ghazara setiap Isnin-Jumaat, 7 malam hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 May 2023
Featured Thu, 9 Feb 2023

Tular Video Aksi Ghairah Di Kelab Malam, Ini Respons Ameerul Asyraf – “Tak Tahu Apa Tujuan Dia…”

Terbaik tak berselindung.. Apa motif wanita tersebut agaknya ya? 🤔

Hiburan Tue, 9 May 2023
Hiburan Thu, 7 Dec 2023

Misi Membantu Calon SPM Ubah Gred G Kepada A

Makin ramailah bilangan calon SPM dapat A selepas ni!

error: Content is protected !!