Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 22, 2018 @ 2:17pm

Tempoh Reman Suspek Langgar Lari Disambung

Tempoh reman suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi di hadapan Shaftbury, Cyberjaya Rabu lepas disambung sehari lagi sehingga esok.

Perintah sambung reman terhadap warga Libya berumur 23 itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang, Alpha Dragam di sini, Isnin.

Lelaki itu merupakan pemandu kereta jenis Hyundai berwarna perak yang terlibat dengan kes tersebut.

Peguam yang mewakili lelaki itu, Jeremy Vinesh Anthony berkata tiga lagi rakan suspek yang sebelum ini direman bersama anak guamnya dibebaskan.

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.

Seorang lelaki warga Yaman berusia 22 tahun yang turut dibawa ke mahkamah hari ini tidak dipohon untuk disambung reman, katanya.

Dalam kes langgar lari itu, mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia pada Khamis selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut. -Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Mar 2025
Hiburan Thu, 6 Nov 2025

Yusuf Bahrin Bimbang Penyakit Ain, Elak Kongsi Kebahagiaan Dengan Zizi Kirana – “Saya Tidak Mahu Berkibatlkan Netizen”

Yusuf Bahrin enggan kongsi kemesraan bersama Zizi semata-mata demi ‘memuaskan’ netizen

Featured Mon, 10 Mar 2025

“Walaupun Saya Kaya Tapi Inilah Cara Makan Seorang Hamba”- Mengaku Suka Makan Duduk Bersila, Opai Anggap Ia Ibadah Paling Senang Diraih

Opai berkata, ibadah yang paling senang untuk diraih adalah dengan duduk bersila di atas lantai ketika menjamu selera.

Featured Wed, 28 Dec 2022
Trending Sat, 25 Jan 2020
Trending Sun, 29 Sep 2019

Kerana Buli Menang Tuntutan RM616,634.20

Kesian di buli hingga menyebabkan hilang pendengaran sebelah kanan

Hiburan Sat, 5 Aug 2023
error: Content is protected !!