Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 24, 2018 @ 12:50am

Selepas Neelofa, Peminat Terserempak Dengan Hans Issac Di Maldives?

Bagi yang mengikuti pengacara Neelofa di Instagram, pasti anda tahu beliau berpeluang menginap di sebuah villa mewah The Muraka, Conrad Maldives Rangali Island.

Sebilangan besar pengikutnya teruja dengan keindahan villa berkenaan. Apa tidaknya, kos penginapan untuk satu malam di villa tersebut saja dikhabarkan menelan sebanyak USD 50,000 ( hampir RM 200,000).

The Muraka yang terletak di Kepulauan Rangali dibina dengan kos AS$15 juta (RM 60 juta). Memang cantik!

Lebih menarik, Neelofa adalah individu ketiga di dunia yang menginap di situ. Difahamkan, Neelofa turut ditemani adik perempuannya, Amira.

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah sekeping gambar yang sedang beredar luas di laman Facebook. 

Menerusi gambar yang dimuatnaik di Instagram Memes Puaka itu, pelakon terkenal Datuk Hans Issac dilihat turut berada di kepulauan indah itu.

Dalam perkongsian tersebut, salah seorang pengunjung di kepulauan itu memaklumkan dia terserempak dengan aktor terkenal itu di lapangan terbang terbang. Ehem… kebetulan agaknya ya? 

Umum tahu, Hans dan Neelofa pernah menjalinkan hubungan istimewa sekitar tahun 2011 namun mengumumkan hubungan tersebut berakhir dua tahun kemudian.

Desas-desus hubungan Neelofa dan Datuk Hans kembali hangat diperkatakan bermula Mac lalu. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Featured Thu, 9 Dec 2021

Geng Basikal Wanita Berlakon Jadi Cacat Ingin Masuk Tandas Khas Undang Kemarahan Netizen

Selepas video lelaki berlakon sebagai orang cacat demi mendapatkan ‘parking’ di petak khas golongan orang kelainan upaya (OKU), kini muncul lagi video membabitkan geng wanita berbasikal mempersendakan OKU. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna […]

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Ayie Bangga Floor 88 Wakil Malaysia Ke Asean-India Music Festival – “Saya Ralat Sikit Tapi…”

Meski ralat, Ayie bangga kumpulan Floor 88 dijemput wakil Malaysia di Asean-India Music Festival

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Discover Germany Freely Through a BirdsEye View

Pockets won’t get burnt, but the eyes can still get to feast on lovely views!

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Jua Selepas…

Kenapa Tok Ti sebak tiba-tiba?

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
error: Content is protected !!