Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal January 4, 2018 @ 2:34pm

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis?

Penyokong skuad Lang Merah terkejut apabila sebuah portal berita di luar negara medakwa import kesayangan rakyat Kedah, Liridon Krasniqi bakal menerima tawaran dari kelab Angers yang berpangkalan di Perancis.

Berdasarkan laporan yang diperoleh dari laman web telegrafi.com, pemain kelahiran Kososvo itu akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin kelab berkenaan di Perancis bersama ejennya dalam masa terdekat.

Menurut laporan itu lagi, masa depan Liridon bersama Kedah pasti tidak berpanjangan jika pemain itu menerima tawaran tersebut.

 

Kelab Perancis itu juga dikatakan sanggup membayar yuran perpindahan kira-kira STG500,000 (RM2.4 juta) kepada Kedah bagi membolehkan pemain itu beraksi di Ligue 1, liga utama negara Perancis.

Maklumat lain menyatakan, jika persetujuan berjaya dicapai, Liridon bakal memberi tentangan hebat kepada pemain termahal dunia, Neymar yang kini beraksi untuk kelab Paris Saint Germain (PSG).

Liridon juga pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan Kosovo dan pernah bersama kelab Mlada Boleslav di Republik Czech serta kelab Osmalispor dan Fethiyesppor di Turki.

Liridon mula menyertai pasukan kedah pada tahun 2015 dan kontraknya diberitakan bakal berakhir hujung musim ini.

Pencapaian beliau bersama Kedah sangat cemerlang apabila beliau membantu kedah menjurai Liga Perdana 2015, Piala Malaysia 2016, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada musim lalu.

Selain menjaringkan gol yang banyak buat Kedah, beliau juga turut dinobatkan sebagai Pemain Import Terbaik dan Pemain Import Paling Popular 2017 di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) baru-baru ini. 

Sumber: Telegrafi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Bapa Syafiq Kyle Pengsan Di Majlis Ramah Mesra

Turut berada di tempat kejadian, ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman, 55, dan ahli keluarganya.

Featured Wed, 20 Nov 2024

“Ini Bukan Detik Bahagia Untuk Sesiapa” – Diana Danielle Perjelas Senyum Bukan Bermaksud Gembira

Diana Danielle Danny Beeson, 32, tindakan senyum adalah kerana menganggap rakan media sebagai kawan.

Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Featured Tue, 15 Jul 2025
Featured Wed, 24 Apr 2024
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Erwin Dawson Sudah Bertunang!

Erwin berpegang kuat kepada janji dan niat yang telah dilafazkan untuk mengahwini Julia cuma belum ada tarikh tetap.

Hiburan Sun, 25 Feb 2018

“Saya Masih Sayang Ude” – Intan Liana

“Saya Masih Sayang Ude” – Intan Liana

error: Content is protected !!