Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin March 22, 2018 @ 7:36pm

Masih Gigit Kasut Baru Untuk Elak Kaki Melecet? Apa Kata Cuba Tips Mudah Ini

Anda pernah alami tak kalau pakai kasut yang baru dibeli mesti kaki akan melecet? Mesti akan berasa pedih dan sakit di bahagian belakang tumit dan bahagian tepi ibu jari kaki kan? Terus hilang mood nak melaram dengan kasut baru! 

Anda mesti pernah dengar petua daripada keluarga atau rakan-rakan kononnya gigit kasut baru kalau tak nak kasut itu ‘makan’ balik kaki anda. Boleh percaya ke? So, daripada anda melakukan benda yang pelik-pelik sampai gigit kasut itu, lebih baik cuba tips yang kami kongsikan ini Ok!

1. Pakai Plaster

Foto: 5funfacts

Cara ini paling biasa yang akan anda lakukan. Betul tak? Tapi cara ini yang paling berkesan sebenarnya tau! Anda perlu menampalkan pada bahagian yang selalu terkena melecet itu, lebih-lebih lagi pada bahagian belakang tumit kaki. Pastikan plaster lebih besar daripada zon geseran supaya plaster itu tidak bergerak. Cara ini sangat membantu bagi wanita yang suka memakai kasut tumit tinggi. 

2. Taburkan Bedak

Foto: 5funfacts

Bedak juga membantu mengurangkan kaki daripada melecet. Gesekan akan berkurangan kerana permukaan akan menjadi lebih lembut. Caranya anda perlu menaburkan bedak pada kasut sebelum memakainya. Pastikan kaki anda betul-betul kering okay! Nak lebih mujarab lagi, anda perlu memakai stokin sebelum memakai kasut yang sudah ada bedak didi dalamn. Mudah kan? Kaki tak sakit, bau pun wangi!

3. Sapu Deodoran

Foto: 5funfacts

Bahagian belakang tumit dan jari kaki merupakan kawasan yang selalu akan melecet. Jadi, anda boleh sapukan deodoran pada kawasan tersebut untuk mengurangkan geseran. Tetapi, guna deodoran yang roll-on tau, jangan juga yang spray nanti tak menjadi pulak.

4. Stoking dan Hair Dryer

Foto: 5funfacts

Cara ini pula, anda perlu memakai stoking tebal dan pakai kasut, kemudian ambil hair dryer halakan di bahagian kasut yang ketat selama beberapa minit. Ulang beberapa kali jika perlu dan cara ini juga dapat membantu melonggarkan bahagian belakang kasut. Tetapi ingat ya, cara ini sesuai untuk kasut berkulit je tau! 

5. Silikon

Foto: 5funfacts

Cara ini paling mudah, anda hanya perlu membeli silikon kasut yang dijual di kedai-kedai kasut Ok! Terdapat dua jenis silikon kasut ini iaitu panjang yang boleh melindungi keseluruhan tapak kaki dan silikon kasut yang separuh hanya boleh melindungi jari kaki atau tumit anda. Beli ikut kesesuaian ye. 

6. Tampal Tape

Foto: 5funfacts

Cara ini macam pelik kan, tetapi ia dapat memberi keselesaan pada jari kaki ketiga dan keempat anda apabila memakai kasut. Kalau tidak percaya cubalah!

7. Plastik Beg Berisi Air

Foto: 5funfacts

Isikan air dalam dua beg plastik dan masukkan ke dalam  kasut anda. Kemudian, letakkan kasut tersebut di dalam peti sejuk (beku) dan biarkan semalaman. Apabila air membeku, ia akan membantu mengembangkan dan merengangkan kasut. Mudah je kan?

Jadi, janganlah biarkan kaki anda tak cantik dengan bekas luka melecet itu! Anda kena cuba tips mudah ini Ok!

Sumber: 5funfacts.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 29 Oct 2018

Tubuh Terlalu Kurus? Gayakan 5 Jenis Fabrik Ini Dalam Mencipta Ilusi Tubuh Lebih Mengancam!

Garis melintang dan fabrik knitted antara jenis fabrik yang mampu menutup kekurangan tubuh anda yang terlalu kurus.

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 13 Aug 2018

Amalan Pupur Kopi Boleh Buat Kulit Anda Nampak Muda, Suka Ke Tidak?

Selepas siap mandi, amalkan pupur kopi ini setiap pagi selama dua minggu.

Oh Lawa Fri, 10 Jan 2020

Video tutorial solekan natural untuk wajah tampak cantik dan berseri

Sesuai untuk mereka yang tidak suka solekan tebal

Featured Fri, 28 Feb 2020
Oh Lawa Mon, 17 Dec 2018

Rating Victoria’s Secret Fashion Show Jatuh Merudum!

Hanya mencatatkan jumlah tontonan 3.3 juta berbanding 5 juta tahun lalu.

Oh Lawa Wed, 11 Sep 2019

KFC 11 Finger Lickin’ Good Goods buat semua terliur!

Koleksi ‘streetwear’ KFC x Pestle Mortar Clothing tampil dengan cita rasa tempatan

Oh Lawa Fri, 15 Jun 2018

Strawberi Mampu Buatkan Anda Cantik Dan Sihat!

Strawberi bukan sahaja sedap malah bermanfaat untuk kecantikan anda!

Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

Berhenti guna produk kosmetik untuk tutup jerawat!

Beri peluang kepada kulit untuk bernafas.

error: Content is protected !!