Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 30, 2018 @ 12:05pm

Krew Lion Air JT 610 Beri Bayangan Bakal Pergi Selamanya

Status salah seorang pramugari Lion Air JT 610 dipercayai terh3mpas ke laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pagi tadi tular di media sosial.

Menerusi Instagram peribadinya, Alviani Hidayatul Solikah menulis ‘It’s dark inside, i want save that light’.

Status itu dimuat naik tiga hari lalu beserta gambarnya berdiri di tengah-tengah sinaran cahaya lampu dikelilingi kegelapan.

Memetik DetikNews, Alviani Hidayatul yang berasal dari Jawa Timur merupakan salah seorang pramugari pesawat malang tersebut.

Rata-rata rakan dan netizen memenuhi ruang maklum balas dengan menzahirkan ucapan takziah kepadanya.

Netizen, Julistyoip mendoakan Alviani dibawah lindungan ALLAH SWT.

Bagi, Rorisrei pula menyatakan, ‘ALLAH will save the light for you and bring you out from the dark’. Al – Fatihah.

Enam krew kabin disenaraikan Lion Air ialah Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikah, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula manakala juruterbangnya Kapten Bhavye Saneja dan pembantu Harvino.- Agensi / Detik News.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Jun 2020
Featured Wed, 20 Aug 2025
Featured Thu, 4 Feb 2021
Trending Wed, 5 Aug 2020
Trending Fri, 26 Nov 2021

“Perlu Tahu Beza Kritikan & Hinaan” – Ini Respons Syamsul Yusof Mengenai Pengkritik Filem

“Semua orang boleh kritik, tapi kena ada ilmu. Perlu tahu bezakan kritikan dan hinaan,” begitulah kata-kata pelakon dan pengarah prolifik, Syamsul Yusof, 37, mengenai kehadiran pengkritik filem yang muncul menghangatkan industri hiburan tempatan. Mengalu-alukan kehadiran […]

error: Content is protected !!