Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 2, 2018 @ 12:32pm

Ahmad Dhani, Once, Ari Lasso Terbang Ke Kuala Lumpur Untuk Konsert Reunion Dewa 19

Wohooo! Anda peminat kumpulan Dewa 19? Ini mungkin berita paling best buat korang.

Penyanyi terkenal Ari Lasso dan Once bakal menggegarkan pentas di Kuala Lumpur di mana kedua penyanyi lagenda ini akan mendendangkan karya-karya hits mereka.

Kehebatan Ari Lasso yang dianggap memiliki suara dari syurga ini menjadi faktor album perdana Dewa 19 bertajuk Kangen meletop!

Manakala, kemunculan Once yang memiliki kualiti vokal yang cukup sempurna turut ditunggu-tunggu semua. 

Bersama Once, Dewa 19 yang sempat memakai nama Dewa meraih kejayaan luar biasa menerusi beberapa kompilasi album termasuk Bintang Lima yang diiktiraf sebagai album terlaris dijual oleh band tersebut pada tahun 2000.

Dewa 19 tidak mungkin akan lengkap dengan kehadiran penyanyi Ahmad Dhani. Jadi ayuh Baladewa semua, siapkan langkahmu menuju ke Stadium Malawati Shah Alam pada 2 Februari 2019.

Lebih menarik, anggota Dewa 19 Andra (gitar), Yuke (bass) dan Agung (drum) akan turut serta pada konsert itu nanti. Difahamkan kumpulan lagenda ini bakal memainkan 35 buah lagu pada malam itu.

Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia dibawakan oleh Nizra Production. Jom dapatkan tiket segera! 

Harga tiket seperti berikut:-

RM238 – Cat 3 (Reserved seating)

RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone)

RM458- Cat 1 (VIP Reserved Seating)

RM888 – Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating) 

Lebih menarik lagi tiket yang mula dijual mulai 7 November 2018  pukul 10 pagi ini akan diberi 10 peratus diskaun untuk jualan EARLY BIRD untuk tempoh 48 jam!

Setiap pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketcharge.com.my .

Lawati laman sosial rasmi konsert ini atau boleh hubungi Info Hotline di 0172792118 untuk keterangan lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

陈泽耀首演新加坡网剧!回归校园演学生直嚷:回春十年

陈泽耀首演新加坡网剧《看见看不见的你》,与陈楚寰上演清新人鬼恋。回归校园演学生直嚷:「回春十年!」

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

‘Baru Episod Pertama, Saya Sudah Buat ‘Sangkak’’- Pengarah Nur 2 Mohon Maaf

Silap sebutan jadi lain maksudnya. Esok bakal ditanya nanti. Takutnya. Sudahlah amalan saya tak banyak mana…

Events Thu, 14 Nov 2019

The 2019 E! People’s Choice Awards Complete Winners List

Congratulations to the winners! You all deserve it!

Featured Wed, 16 Oct 2024
Featured Fri, 4 Mar 2022

#RoadToAJL36 – Persembahan Paling Win Sepanjang AJL

Wow! Masih hangat ‘membara’ persembahan AJL yang lepas kan

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

DATO’ALIFF SYUKRI MAKIN KAYA!

Mana tak nya, selepas kejayaan mengeluarkan produk-produk kosmetik D’Herbs, kali ini Dato Aliff Syukri terlajak laris muncul dengan koleksi tudungnya sendiri.

Hiburan Fri, 5 Apr 2019
error: Content is protected !!