Hiburan By: Salma Syahbuddin November 7, 2018 @ 4:36pm

Nabila Huda Dan Keisha Kongsi Cinta Yang Sama

Bila menjenguk ke laman instagram pelakon Nabila Huda pastinya kita akan terhibur dengan gelagat beliau dan suami apabila menyakat Keisha bukan? Hubungan erat yang terjalin antara Keisha dan bapa tirinya, Mohd Izwan atau lebih mesra dengan panggilan Abi ini semestinya membuatkan ramai yang cemburu dengan keakraban mereka. Betul tak?

Malah, mungkin ada sesetengah diantara kita atau semestinya followers beliau yang sudah mengaktifkan butang Turn On Notification semata-mata mahu melihat apakah agaknya video terkini daripada Abil sekeluarga.

Gelagat Abil dan suami menyakat Keisha pastinya mampu membuatkan ramai netizen terhibur malah, kasih sayang diantara mereka juga dapat dirasai bukan sahaja dikalangan peminat tetapi followers beliau sendiri. 

Sebelum ini, Abil pernah berkongsi caption yang pastinya membuatkan followers beliau tersentuh dengan keakraban Keisha dan Abi nya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Dia la bestfriend kesayangan Keisha.Tempat Dia Nak mengadu,bagitau rahsia,luahkan perasaan sebenar yang Tak mungkin mummy Dia dapat tau untuk jaga perasaan mummy.Abi lah tempat Dia luahkan semua tanpa rahsia.So senang cite,abi tau semua the truth tentang perasaan keisha.Abi jugak la Ajar Dia kt rumah dari tak pandai reading ,tak terror math,sampai lah jadi best student.?? Abi jugak mengajar Dia untuk sentiasa bersikap jujur dan Jangan sesekali berbohong pada mummy dan daddy Dia.Abi jugak yang slalu remind Keisha Jangan pernah lupa untuk selalu call daddy Dia dan always remind her bila dh besar jaga daddy Dia.Sungguh kuat relationship mereka berdua sampai kadang-Kadang Saya jealous teruk.Saya rasa bersyukur ada nya Dia dalam hidup saya.Dia Yang buat Saya kuat masa Saya terpisah dengan Keisha.Dia lah orang yang sentiasa buat Saya ketawa bila Dia tau Saya sedang berduka.Susahnya hati Dia hanya allah je tau bila tengok isteri Dia menangis bila berjauhan dengan Keisha dulu.Pertama kali saya jatuh cinta dengan Dia adalah cara Dia Tengok Keisha.Tak de Apa yang lebih penting dari hidup kite Kalau seorang lelaki Itu menyayangi Anak kite lebih dari kite sendiri,Itu Sudah cukup bahagia untuk saya.Terima kasih mohd izwan bin Johar sebab terima Saya seadanya,sayang kami berdua,melayan kerenah dan drama anak beranak Yang luar biasa ni.? You’re the best dad ever!!!Happy father’s day to you!We love you so much Abi..?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Nampak gayanya, Abil dan Keisha berkongsi cinta yang sama? Al-maklumlah, Abi Keisha ni bukan sahaja kelakar tetapi, sangat penyayang orangnya. Kalau tak percaya, jom kita belanja sedikit video yang pernah dikongsikan oleh Abil menerusi instagram beliau.

 
 
 
 
View this post on Instagram

Haters gonna hate..hate..hate..? #nampaktakdengki #lovehaterelationship

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 
 
 
View this post on Instagram

Ini semua jambatan punya salah..!?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Happy je bila tengok gelagat Abil, suami dan Keisha ni! 
 
Semoga keluarga kecil pelakon kesayangan ramai ni sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Ciri-Ciri Ayah Yang Hebat

Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!

Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Roslan Shah Jalani Rawatan Sihir Secara Live Di TikTok?

Sakitnya tengok.. moga dipermudah segala urusan

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Filem WIRA Penutup Filem Aksi Terbaik Tahun 2019!

Sejauh manakah kebenaran filem WIRA merupakan filem terbaik 2019?

Events Fri, 3 Aug 2018

#daiTV3 : Persembahan Da’i Manakah Yang Berjaya Mencuri Perhatian Pada Minggu Ini?

Saksikan Siaran Secara Langsung Da’i Pendakwah Nusantara hanya di TV3!

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

PANAS!!! SHAHEIZY SAM SEKSI DALAM??????

Selepas kecoh di media sosial tentang abg sado Zul Ariffin yang rata-rata membuatkan peminat fanatiknya “bergetar Ovari” Kini giliran Sam pula yang memuat naik gambar tanpa baju di laman instagramnya. Tindakan tersebut lantas menarik perhatian netizen dan para peminat yang setia mengikuti perkembangan terkininya itu.

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Awie Dedah Pernah Jadi Penari Zapin & Fleksibel Sebelum Bergelar ‘Rockers’ – “Saya Tak Tahu Bila Berubah Ganas”

Wowww fleksibel katanyahh! Min teringin pula nak tengok Datuk Awie menari zapin 😜 Hihiiii

Hiburan Mon, 17 Jun 2019