Hiburan By: Salma Syahbuddin November 21, 2018 @ 1:01pm

Zara Zya Bertepuk Sebelah Tangan?

Jangan terkejut, ini bukan cerita pasal hubungan Zara Zya dengan Hafreez Adam tau! Sebenarnya, ini adalah kisah diantara Zara Zya dan Syazuan Hassan menerusi drama lakonan mereka dalam Terbaik Dariku yang akan ditayangkan di slot Akasia pada 12 November ini.

Terbaik Dariku mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain.

Aisyah (Zara Zya) mengahwini Taufiq (Syazuwan Hasan) kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Tetapi sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.

Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. 

Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya. Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Kehadiran Zaharah, seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah.  Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah. Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.

Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar? Saksikan konflik rumah tangga dan keluarga arahan Along Kamaludin ini pada setiap hari Isnin sehingga Rabu, jam 10 malam di TV3.

Antara barisan pelakon yang turut membintangi drama Terbaik Dariku ini adalah, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Datin Fadilah Mansor, Azri Iskandar dan Ainina Ahmad B. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Hiburan Wed, 2 May 2018

Kenapa Agaknya Janna Nick Pilih Lelaki Sederhana?

Menurut Janna, sekiranya hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga, dia lebih selesa mencari lelaki yang sederhana kerana wang bukanlah penentu kebahagian seseorang

Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Al- Fatihah… Wafa Abdul Kadir Meninggal Dunia

Al-Fatihah…selepas lima tahun berjuang melawan kanser, Wafa Abdul Kadir meninggal dunia pada awal pagi tadi.