Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal October 14, 2018 @ 8:27am

Lelaki Ini Kongsi Kepentingan ‘Alone Time’ Buat Suami Isteri

Pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata pasti tahu betapa susahnya mencari masa untuk ‘berdating’ seperti waktu bercinta dahulu. Selain masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri, menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak yang semakin membesar juga menjadi keutamaan kepada pasangan yang telah berkahwin.

Meskipun telah melayari bahtera perkahwinan selama bertahun-tahun, pasangan suami isteri perlu mencari waktu bagi meluangkan masa berdua-duaan kerana waktu berkualiti tersebut mampu membuatkan pasangan meredakan stress, memenuhi keinginan emosi selain menyuburkan ikatan kasih sayang antara suami dan isteri.

Walaupun sibuk dengan urusan masing-masing, carilah masa yang sesuai untuk berdua-duaan dengan pasangan anda seperti yang disarankan oleh Mohd Fhaisdi laman facebooknya tentang lima kepentingan ‘alone time’ buat suami isteri.

Mari ikuti perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Gambar Hiasan

Pentingnya ‘Alone Time’ Dengan Isteri

” Enjoy your marriage before it too late “

Masa mula-mula kahwin dulu ramai orang bagi pesanan macam ni, tapi tengah bahagia kita buat endah tak endah je. Dulu tak ambik port sangat pesanan ni tapi sekarang bila dah ada anak dua orang baru nak garu kepala. Dah terlambat.?

Jangan kata nak berdua-duaan dengan isteri, nak bersendirian pun belum tentu dapat. Kejap sorang ajak bermain, kejap yang kecik nak susu, nak mandi, nak tidur, nak itu nak ini sampai kita pun nak pengsan.

Bergilir-gilir pengsan dengan isteri..?

Tapi itulah cabaran parenthood ni. Kita bukan sahaja kena pengsan malah kita kena bangkit dari pengsan berkali-kali tanpa gagal kerana kalau kita gagal, anak akan 2 kali gagal dari kita.

Walaupun begitu, penting ada ‘Alone Time’ dengan isteri. Buatlah macam mana pun asalkan ada masa untuk berdua-duaan, dapat 5 minit pun cukuplah.

Pedulikan mulut-mulut bawang yang mengata sebab mereka tak akan faham keperluan kita. Bawang buat mulut berbau, nanti isteri kata mulut kita busuk pulak.

5 kepentingan ‘Alone Time’ buat Suami Isteri.

1 – Tabung Emosi

Tabung emosi ibarat simpanan kita kat bank, kalau penuh kita gembira kalau kosong kita boleh kena heart attack. Sama juga dengan tabung emosi keluarga kita, tak boleh di biarkan kosong kena refill selalu. Kalau tabung emosi kosong mula lah pelbagai dugaan datang, emosi tak dapat kawal, semua pandang tak kena.

Bila emosi bercelaru suami isteri tidak ada sefahaman, selalu bergaduh, anak pun terkesan selalu buat tantrum, rezeki susah nak datang dan rumah yang terang pun rasa kelam tak bersinar. Penting sangat refill tabung emosi ini.

Cakap “i love u” pun dah cukup mengemosikan pasangan kita. Jangan berat mulut, isteri kita sendiri tu..

Gambar Hiasan

2 – Luahan Perasaan

Masa berdua-duaan ini lah baru isteri kita nak luahkan perasaan. Kalau tak dia pendam je rasa sakit hati, luluh hati, iri hati dan pedih ulu hati sorang-sorang. Memang lumrah orang perempuan, mereka tak suka mengadu tapi bila di tanya akan di ceritakan semuanya dari A sampai Z tanpa ada skip satu babak pun.

Bayangkan cerita yang panjang macam drama sinetron beratus episod terbuku dalam hati dia, selagi tak di tanya selagi itu di pendam. Bila hati dah penuh dengan sinetron ni mulalah minda fikir yang bukan-bukan. Muka pun jadi kusam, mata bengkak dan pipi cengkung.

Lagi cepat suami jadi pendengar setia lagi cepat isteri kembali cantik menawan.

3 – Release Stres

Dah dapat luah perasaan barulah isteri tidak stres, malah suami pun dapat hilangkan stres akibat dari isteri yang tak keruan. Dua-dua tenang dan bahagia.

Lagipun setiap ‘moment’ berdua-duaan itu boleh jadi ‘pain killer’ untuk stres akan datang. Bila ada masalah dengan anak atau pasangan buat masalah, moment inilah yang akan buat kita kembali ke pangkal jalan.

Bak kata orang, cegah lebih baik dari mengubati. Sediakan payung sebelum hujan. Bukan sediakan payung emas je tahu, payung stres pun kena sediakan.

Gambar Hiasan

4 – Nafkah Batin

Ini penting! Bagaimana sibuk pun, anak dah 10 ke, nafkah batin tetap kena konsisten di batinkan. Hanya kerana kita dah tua tak bermakna keperluan batin pasangan semakin berkurangan. Ada yang semakin tua semakin menjadi-jadi. Tak mustahil janggut dengan misai dah putih pun masih nak tambah quota.

Dalam Kitab Tafsir Ibn Katsir ada menyebut :
“ Mereka adalah ketenangan bagi kalian dan kalian pun adalah ketenangan bagi mereka ”.

Bermaksud isteri adalah ketenangan bagi suami dan suami adalah ketenangan bagi isteri.

Lepas ni kalau nampak isteri tak keruan, tak tenang cepat-cepat hantar anak kat rumah mertua ya.

5 – Bunga Cinta

Bunga cinta kalau tak di siram lama-lama boleh jadi layu dan mereput. Bunga cinta ibarat perasaan cinta kita pada pasangan, ingat kembali bagaimana rasa cinta masa mula-mula kenal dulu, sepatutnya macam itu lah rasa cinta kita sampai tua. Bahkan patut lebih mekar dan besar.

Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk biar bunga cinta jadi layu dan mereput. Anak adalah baja cinta suami isteri jika pandai membaja, dan siram selalu bunga cinta dengan pasangan. Masa berdua-duaan lah kita boleh saling siram menyirami bunga cinta, sorang-sorang siram boleh tumbuh ulat bulu kat bunga.

Tinggalkan anak dekat pengasuh atau mertua sekejap pergi tengok wayang dengan pasangan. Wayang 2-3 jam dah cukup untuk bunga mekar 2-3 tahun.

Jangan pula tinggal anak seminggu. Mertua pun nak alone time juga.

Jika anda atau pasangan ada simptom-simptom seperti ini menyampah tengok muka pasangan, tengok muka anak nak marah je, sentiasa stres, mudah kecil hati, mudah curiga dan suka mengadu masalah pada orang lain maknanya anda dan pasangan kurang luangkan masa bersama.

Tuan puan, hargailah masa bersama yang ada sekarang kerana duit boleh di cari tetapi masa yang di sia-siakan tak akan boleh di ganti kembali.

Masa itu lebih berharga dari emas 999, 916 dan emas berkarat

Sumber: Mohd Fhais

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 19 Jan 2019

2019年「拜太岁」最佳时间是哪天?

每次靠近过年的期间,我们就会时常听到身旁的朋友说“今年犯太岁,要去拜太岁等” 话题。

LIFESTYLE Tue, 31 Jul 2018

LEGO推出超壮观「霍格华兹城堡」

LEGO在今年陆续推出许多哈利波特系列的乐高、人偶组,最近更发出了「LEGO 71043 霍格华兹城堡」将于9月1日全球发售的消息!城堡中的细节难计其数,会动的楼梯、消失的密室、爱哭鬼麦朵的厕所通通都有!

LIFESTYLE Thu, 18 Jan 2018

不同睡姿休息效果差很大「5大睡姿」你有睡对吗?

你知道吗?睡觉睡对姿势,其实也能改善身体健康状态喔!国外网站《Remedy daily》引述了美国国家睡眠基金会(National Sleep Foundation)的说法指出,若长期有以下5种健康上的困扰,不妨改变一下「睡姿」吧!

LIFESTYLE Sat, 22 Jun 2019

Bilik Air Bukanlah Tempat Selamat Untuk Berlindung Bila Kebakaran

bilik air bukanlah tempat yang selamat untuk berlindung ketika kebakaran, bahkan mungkin menjadi antara lokasi sangat bahaya yang boleh meragut nyawa anda.

LIFESTYLE Sun, 5 May 2019

Penyakit Beguk Boleh Berjangkit Ke?

Ia boleh bertambah beng­kak jika berlaku aktiviti mengunyah, menelan dan bercakap.

LIFESTYLE Thu, 9 May 2019

床叫越大代表对方越幸福?

别被A片误导!研究:床叫越大代表对方越幸福,男性也该叫~

LIFESTYLE Thu, 15 Aug 2019

Hutang Arwah Ayah Perlu Ke Dilangsaikan?

Jiwa orang yang beriman itu tergantung disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya

Fab Foodies! Fri, 26 Jan 2018

麦当劳推出素食汉堡!网友「不用只吃薯条了」

麦当劳(McDonald’s)推出素食汉堡McVeggie,真的吗?小编记得最后一次吃到麦当劳的素食汉堡应该是十多年前的事了。根据网友Eunice Wong脸书日前的分享,在白沙罗万达镇已可买到这份全新的素食汉堡!

LIFESTYLE Sun, 5 Jan 2020

Sisi Positif Seorang “Gamers” Dalam Permainan Video

nternet kini menjadi saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas di merata tempat. Perkembangan ini memudahkan manusia berhubung tanpa sempadan sama ada menerusi sosial media mahupun permainan video. Jadi pastinya kemudahan dan perkembangan ini […]

Fab Foodies! Wed, 11 Apr 2018

Lady’s Choice「Ibu Sejati」鼓励妈妈做真实的自己

当妈妈不容易,要当完美妈妈,更加不必说了。如今,当一名称职妈妈的门槛日益攀高,并且已经深刻地烙印在我们的现今文化里,尤其是现在的父母们都竭尽全力希望可以给孩子提供最好的一切。

error: Content is protected !!