Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal October 15, 2018 @ 8:40am

Lemak DiPerlukan Dalam Aturan Diet Seharian

Ramai daripada kita yang takutkan berat badan naik. Jika anda takut maka bukan anda seorang sahaja yang merasainya kerana hampir 80 peratus manusia di dalam dunia ini takutkan masalah gemuk. Tiap kali berdiri di hadapan cermin mesti perkara pertama yang anda lakukan ialah melihat bentuk badan. Jika ya, anda bukan bersendiran.

Walaupun anda kelihatan kurus, pasti akan ada juga lemak yang terselit di dalam badan dan membuatkan anda tidak selesa apatah lagi, yang memberi ‘sewa’ kepada lemak juga akan berasa bimbang. Jika seseorang itu ingin turunkan berat pasti mereka mahu hapuskan lemak dalam badan. Bagi mereka lemak itulah musuh pertama dalam diet seharian.

Tahukah anda bahawa ada lemak yang sihat boleh menaikkan metabolisme dan boleh digunapakai dalam diet untuk kuruskan badan kita? Jika anda masih celaru, sini saya ada jawapannya.

Jenis-jenis makanan berlemak yang baik untuk diri anda

  1. Dark Chocolate

Makanan ini sangat hebat kerana menjadi kegemaran semua orang. Ia tinggi lemak dan kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi tubuh kita daripada radikal bebas penyebab penyakit.  Flavanol yang terdapat dalam ‘dark chocolate’ ini mampu meningkatkan kesihatan jantung, menurunkan tekanan darah dan ia boleh mendapatkan lebih banyak darah yang mengalir ke jantung dan otak.

Dan jika anda pernah mendapati bahawa menggigit coklat sekeping membantu anda berfokus, anda tidak bersendirian. Ia adalah makanan otak yang sebenarnya meningkatkan prestasi kognitif.  Apabila anda mengambil coklat ini sekaligus anda dapat emngurangkan pengambilan gula dan meningkatkan antioksidan dalam badan.

2. Avacado

Jika anda meneliti tentang manfaat avacado ini memang banyak dan sihat antara buah-buahan yang pernah kita makan. Ianya kaya dengan lemak baik tanpa monounsaturated yang meningkatkan kolestrol baik dan meningkatkan imuniti dan bertindak sebagai nutrien anti-penuaan untuk kulit anda.

Bagi wanita yang hamil, pengambilan buah avacado ini sangat bagus kerana vitamin yang ada pada buah ini dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan kelahiran.

3. Butter & Ghee

Percaya atau tidak dalam mentega mengandungi lemak baik kerana kelebihan mentega ini dikenali sebagao omega-3, asid lemak dan omega-6. Ia berfungsi kepada otak dan kesihatan kulit kita. Kebaikan Ghee atau minyak sapi ini mempunyai vitamin larut lemak A, D dan E. Lagi mengejutkan kehebatan minyak sapi ini mempunyai vitamin k2 yang tinggi membantu menguatkan tulang.

4.  Minyak Kelapa

Kebaikan yang ada pada minyak kelapa ini banyak termasuklah digunakan pada kulit kepala, rambut dan banyak lagi. Manfaat minyak ini kaya dengan asid lemak, rantaian yang sederhana dan mudah dicerna oleh tubuh anda.

5.  Nuts and Seeds (Kekacang & Bijirin)

Pilihan yang tepat kepada pengamal diet menggunakan kekacang dan bijirin ini kerana mempunyai lemak yang sihat. Makan secara berkala dapat membantu anda daripada didatangi kolestrol jahat. Ia juga dapat membantu seseorang yang menurunkan kadar kemurungan secara semula jadi.

6. Telur

Makanan yang murah yang dipenuhi dengan protein dan profil acid amino. Penggunaan telur yang kerap dapat mengurangkan risiko terhadap sindrom metabolik, lemak badan yang berlebihan, paras gula darah tinggi dan tahap kolestrol yang tidak normal. Sebenarnya ramai yang tersilap dan menyalah anggap bahawa telur putih lebih tinggi protein namun, telur kuning lagi kaya dengan nutrien dan omega-3.

7. Tenusu

Walaupun tidak ramai yang gemar untuk  menggunakan tenusu kerana sesetengah orang mempunyai intolenrasi laktosa. Tenusu yang penuh dengan lemak ialah lemak yang baik. Beberapa jenis tenusu yang baik untuk kesihatan iaitu susu kambing, yogurt dan susu mentah. Yogurt mengandungi serat omega-3, vitamin dan protein. Susu mentah berasal daripada sapi yang diberi makan rumput dan tidak dipasteurisasi atau homogenisasi. Susu ini tidak mempunyai gula tambahan atau bahan-bahan yang tidak sihat, ia boleh mengurangkan alergi dan meningkatkan ketebalan dalam badan.

Selain itu, susu kambing juga mempunyai khasiat yang tersendiri iaitu membantu kepada seseorang yang mengalami maslaah laktosa. Ia sangat baik untuk kanak-kanak apabila mereka telah melangkah daripada susu ibu kepada susu rumusan kerana ia kurang alergen daripada susu lembu.

8. Omega-3 dari ikan

Kenapa lemak asid ikan sangat penting? Kerana tubuh manusia tidak dapat menghasilkan sendiri. Kita perlu bergantung pada makanan omega-3 dalam diet kita untuk membekalkan sebatian yang sangat bermanfaat ini. Omega-3 mempunyai tiga jenis yang berbeza iaitu ALA (asid alpha-linolenic), DHA (asid docosahexaenoic) dan EPA (asid eicosapentaenoic). Sumber pilihan omega-3 adalah DHA dan EPA yang terdapat dalam sumber makanan laut seperti salmon berkhasiat dan sardin.

Kesemua pilihan ini ada pada diri anda, jika anda ingin berubah, berubahlah dengan gaya yang sihat. Jadikan kesemua jenis lemak baik ini untuk kebaikan semasa menjalani diet seharian anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 4 Mar 2019

These 6 Malaysian Hotels are Forbes Travel Guide 2019 Star Award Winners

These 6 hotels are on par with other international establishments.

LIFESTYLE Tue, 12 Nov 2019

Kenapa Kucing Dicipta Mempunyai Misai, Tak Kira Jantan Atau Betina

Kucing merupakan haiwan yang kebiasaannya dipelihara oleh masyarakat pada hari ini. Hal ini mungkin kerana sifat manja yang ada pada kucing menjadi tarikan pada manusia untuk dijadikan haiwan peliharaan. Sifatnya yang manja juga turut dapat […]

LIFESTYLE Sat, 22 Jun 2019

Bilik Air Bukanlah Tempat Selamat Untuk Berlindung Bila Kebakaran

bilik air bukanlah tempat yang selamat untuk berlindung ketika kebakaran, bahkan mungkin menjadi antara lokasi sangat bahaya yang boleh meragut nyawa anda.

LIFESTYLE Sat, 5 Oct 2019

Masalah Mental Berpunca Dari Rumah Betul Ke?

Mencegah lagi bagus dari merawat. Awasilah diri anda dan juga anak-anak

Fab Foodies! Wed, 19 Dec 2018

Not Sure What to Get Someone for Christmas? Think Chocolates!

It’s a great gift no matter the occasion.

Fab Foodies! Thu, 27 Sep 2018

别一起床就用餐!6大早餐坏习惯

「吃早餐对身体好!」许多专家学者常耳提面命吃早餐的重要,然而若是吃错时机、吃错食物,很可能会造成肠胃的负担。

LIFESTYLE Thu, 2 Jan 2020

厕所门应该常开着还是关上?很多人都做错了

卫生间这些事你每天都在做,也往往容易忽略,做错了可能会影响你的健康!

LIFESTYLE Tue, 14 Jan 2020

Kencing Berbuih Merupakan Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Tahukah Anda Yang Proteinuria Atau Kencing Berbuih Merupakan Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

Fab Foodies! Tue, 20 Mar 2018

Chilli Crab Gelato: Yay or Nay?

What happens when sweet meets savoury? Will it be the best thing ever or our worst nightmares come true?

LIFESTYLE Sun, 24 Mar 2019

Kesalahan Bil Elektrik Melambung Tinggi Sebab Guna Aircond

Bila cuaca panas, pastinya orang ramai akan lebih suka duduk di rumah atau ditempat yang berhawa dingin. Malah dalam satu kajian yang dilakukan jumlah penggunaan penghawa dingin telah meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun. […]

error: Content is protected !!