Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin November 27, 2018 @ 1:25pm

“When You Wish Upon A Star” Tunaikan Impian Kanak-Kanak

Menjelang perayaan hari krismas tidak lama lagi, pihak Hilton Hotels Malaysia ingin mengembalikan erti sebenar sambutan Krismas dengan menunaikan impian seorang kanak-kanak melalui Make-A-Wish Malaysia dan kempen “When You Wish Upon A Star”.

Kempen mengumpul derma ini akan dijalankan untuk mengumpul dana bagi menunaikan impian seorang kanak-kanak. Dua jenama Hilton di Malaysia iaitu Hilton Hotels & Resorts dan DoubleTree by Hilton Hotel & Resorts, masing-masing akan mengambil seorang anak angkat dan mengikuti perjalanan mereka dari mula sehingga tamat, dalam merealisasikan impian mereka menggunakan kutipan yang diperolehi sepanjang bulan Disember. 

Orang ramai dijemput menyertai kempen “When You Wish Upon A Star” dengan membeli barangan berkaitan perayaan krismas yang ditandakan dengan pelekat bintang biru seperti kek Yule Log Krismas, biskut Santa, dan juga bufet makan tengah hari dan makan malam yang disajikan khas oleh chef terkenal Hilton. Manakala, sebanyak RM2 akan disalurkan kepada yayasan tersebut bagi setiap pembelian barangan berkaitan Krismas.

Menurut Pengurus Besar Wilayah di Malaysia, Jamie Mead, kepakaran hospitaliti yang ada diharap dapat membantu dan golongan kanak-kanak ini.

” Di Hilton, kami memanfaatkan kepakaran hospitaliti kami untuk memberi impak yang positif kepada komuniti. Erti sebenar musim memberi ini bukan sekadar membantu keluarga dan rakan-rakan terdekat, tetapi ia turut merangkumi mereka yang memerlukan. Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia bagi mengubah kehidupan seorang kanak-kanak.” Katanya

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif kempen, Irene Tan berkata, kempen ini adalah untuk membantu setiap kanak-kanak dan keluarga untuk meringankan cabaran harian mereka.

” Make-A-Wish Malaysia ingin membantu setiap kanak-kanak dan keluarga mereka meringankan cabaran harian yang dihadapi. Dengan menunaikan impian mereka, sekurang-kurangnya kami dapat membawakan harapan, kekuatan dan kegembiraan kepada mereka. Bekerjasama dengan jenama bereputasi tinggi seperti Hilton untuk membantu kanak-kanak ini adalah amat bermakna kerana Hilton benar-benar membawakan kelainan dalam penyampaian hospitaliti, selangkah demi selangkah.” Jelasnya.

Tambahnya lagi, program ini juga menyediakan peluang unik untuk memberi impak yang serta-merta, terus dan bermakna dalam kehidupan anak angkat tersebut. Bantuan kewangan yang diperolehi daripada jualan barangan berkaitan Krismas akan membekalkan yayasan dengan dana yang mencukupi untuk menunaikan impian setiap kanak-kanak yang layak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Aug 2018
Trending Thu, 7 Jul 2022

Terkena Jangkitan Paru-Paru, Hampir Sebulan Bayi Perempuan Sheera Iskandar Dirawat Di Hospital

Bayi perempuan Sheera Iskandar dimasukkan ke hospital hampir sebulan akibat jangkitan kuman paru-paru.

Featured Tue, 30 Sep 2025
Featured Fri, 1 Jul 2022

“Ada Niat Nak Jauhkan Anak Dengan Aku Atau Daddy Dia… You Die!” – Shakilla Khoriri Beri Amaran Dekat Siapa Tu?

Fuh, pedas pesan ‘maut’ Shakilla ni 🤭 Siapa yang berani cuba nak pisahkan mereka ni aish 🤔😣

FESYEN Fri, 17 May 2019

Jom Intai Gaya Koleksi Raya 2019!

Cantik-cantik semua kan? Jemput cuci mata semua…

Events Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘ Masa Nak Salam, Rupa-Rupanya…’- Netizen Terkejut Imamkan Pelakon Popular Ini!

Selain dikurniakan wajah yang sedap mata memandang, keperibadiaan sederhana, pelakon terkenal ini juga dikatakan menjaga solat.

error: Content is protected !!