Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri December 1, 2018 @ 10:02am

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max

Setiap kali model iPhone baru diperkenalkan, keupayaan kameranya pasti menjadi antara perkara yang paling diambil perhatian. Begitu juga dengan iPhone XS dan XS Max baru-baru ini. Walaupun dari segi keupayaannya tidak jauh berbeza dengan iPhone X, kamera pada model 2018 tersebut memiliki satu fungsi menarik baru iaitu keupayaan untuk mengubahsuai bokeh atau apertureselepas gambar ditangkap.

Fungsi sebegini tidak ada pada peranti iPhone terdahulu termasuk iPhone 7 Plus, 8 Plus dan iPhone X. Namun, tiga model terdahulu ini masih boleh menikmati fungsi yang sama. Mari saya ajarkan kepada anda.

Pertama sekali, anda perlu memuat-turun aplikasi Focos daripada App Store. Ia adalah percuma, namun untuk mendapatkan akses penuh kepada semua fungsi pada aplikasi ini, anda hanya perlu membayar sekitar $10.99(~RM 45.50) sahaja untuk sekali seumur hidup.

Selesai muat turun, anda boleh memilih untuk membuat tangkapan secara terus melalui aplikasi berkenaan dengan menggunakan fungsi bokeh seperti biasa. Pengguna juga boleh mengubahsuai ciri bokeh pada gambar yang telah sedia ditangkap menggunakan telefon pintar lebih awal.

Pengguna boleh memilih untuk menetapkan tahap aperture dari f/20.0 hingga f/1.4, dimana kesan bokeh akan lebih kelihatan pada aperture yang lebih kecil. Menariknya, aplikasi ini turut membolehkan anda menetapkan untuk menggunakan kesan bokeh ini pada sisi hadapan atau belakang objek dalam gambar.

Antara perkara lain yang sangat cool pada aplikasi Focos ini ialah anda boleh memilih bentuk bokeh mengikut kesesuaian anda. Tambahan pula, aplikasi ini membenarkan anda memanipulasi imej supaya ia kelihatan ditangkap menggunakan lensa kamera lain secara maya.

Antara lensa yang boleh dipilih ialah Olympus Zuiko, Helios 44, CarlZeiss Jena, CarlZeiss Otus, Leica Noctilux, Minolta STF, Minolta RF250, A1, A2, A3 dan A4. Ini bermakna gambar yang dihasilkan akan kelihatan seperti benar-benar diambil menggunakan lensa-lensa ini. Menarik, bukan?

Aplikasi ini turut menawarkan dua lagi pilihan langganan iaitu bulanan yang berharga $0.99(~RM 4.10) dan tahunan dengan bayaran $6.99(~RM 29) untuk akses penuh dengan pelbagai fungsi menarik.

Jadi, bagi penggemar fotografi yang menggunakan iPhone 7 Plus, 8 Plus dan iPhone X, apa tunggu lagi?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 14 Jan 2020

Cara Untuk Mengetahui Saiz Gambar Pada iPhone

Khusus untuk pengguna iPhone, salah satu kelemahan yang admin kurang gemar tentang iPhone ialah kesukaran untuk melihat saiz gambar yang terdapat pada galeri foto. Mungkin bagi sesetengah pengguna, perkara ini tidak begitu signifikan. Namun bagi […]

TECH Sun, 23 Sep 2018

5 Tips Gmail yang Belum Diketahui Banyak Pengguna

Harus diakui, Gmail adalah salah satu aplikasi yang banyak digunakan pengguna smartphone berbasis Android. Dibuat oleh Google dan memudahkan kita untuk berkirim e-mail, aplikasi ini juga menawarkan banyak kenyamanan.

TECH Thu, 1 Feb 2018

GET YOUR LAST-MINUTE CNY SHOPPING DONE AT CJ WOW SHOP

Chinese New Year is just around corner and there’s lots more to buy before the holidays come around. Do some last-minute shopping on CJ WOW Shop from the comfort of your own home.

TECH Sun, 15 Jul 2018

Simpan Video YouTube Untuk Ditonton Diwaktu Yang Lain

Ingin menonton ‘Youtube’ tetapi tiada masa?Cubalah cara ini.

TECH Thu, 12 Jul 2018

Mak Cun’s Adventures Sees Massive Amount of Downloads

People are seriously loving the game.

TECH Mon, 5 Nov 2018

5 Cara Pulih Sambungan WiFi Bermasalah Pada PC

Berikut antara beberapa kaedah yang boleh anda cuba untuk mengembalikannya fungsi Sambungan WiFi Pada PC anda.

TECH Thu, 6 Dec 2018
TECH Tue, 17 Jul 2018

Intel Core-i7 8086K: Sambutan Ulang Tahun Cip Dengan Senibina X86

Intel baru-baru ini melancarkan cip pemprosesan Core i7 8086K berdasarkan senibina Coffee Lake bagi mengingati cip lagenda Intel 8086, nenek moyang kepada cip menggunakan senibina  x86 yang wujud pada hari ini. Intel telah mengeluarkan infografik mengenai perkara […]

TECH Wed, 4 Jul 2018

Jurutera Sekuriti Google Kongsi 5 Tips Asas Gunakan Chrome

Justin Schuh Jurutera Sekuriti Google Berkongsi 5 Tips Asas Gunakan Chrome dengan lebih selamat.

TECH Thu, 21 Nov 2019

Google Memperkenalkan Pelan Pra-Bayar YouTube Premium & YouTube Music Di India

Pelan Pra-Bayar YouTube Premium & YouTube Music Di India

error: Content is protected !!