Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 14, 2019 @ 9:00am

7 Peranti Pintar “Gaming” Dengan Harga Mampu Milik

Hobi bermain permainan video, tidak semestinya memerlukan modal yang besar, antara faktor yang menyebabkan harga peranti menjadi sangat tinggi adalah disebabkan fungsi kamera dan layarnya yang berdefinisi tinggi. Walaubagaimanapun, faktor – faktor tersebut tidak mempengaruhi kemampuan peranti dalam menjalankan aplikasi permainan video.

Oleh itu adalah tidak menjadi keperluan kepada anda untuk menghabiskan ribuan ringgit semata – mata untuk memiliki peranti dengan spesifikasi Gaming.

Kepada anda yang masih tercari – cari peranti pintar Gaming dengan harga dibawah RM1000, berikut antara 7 peranti yang boleh anda pilih.

1. Xiaomi Redmi 4X (RM 465)

Xiaomi Redmi 4X merupakan peranti untuk gaming yang paling murah tetapi sangat berkuasa. Menggunakan operasi sistem khas MIUI 8 dan menggunakan CPU Snapdragon 435 Octa Core yang dapat menghasilkan frame per second sesuai untuk bermain permainan video yang memerlukan render tinggi.

Juga terdapat GPU Adreno 505 yang memberikan sokongan grafik kepadanya supaya tidak mudah lagging atau cepat panas ketika sedang menjalankan aplikasi permainan. Baterinya yang bersaiz 4100mAh dapat memberikan peluang kepada pengguna untuk terus bermain game kesukaan mereka tanpa perlu risau akan kehabisan bateri  atau mengecas semula.

 

2. Motorola Moto M (RM 548)

Dilengkapi prosessor MTK Helio P15 64-bit Octa-core 2.2Ghz pada 4GB RAM menghasilkannya sifar lag. Menggunakan Android 6.0 yang lebih cekap dalam pengurusan prosessor dan bateri.

Baterinya yang berkapasiti 3050 mAh dan disokong oleh Android 6.0 memberi peluang penggunaan jangka masa yang lebih lama sebelum kehabisan bateri. Juga terdapat storan sehingga 32 GB dan boleh dibesarkan sehingga 128 GB memberi peluang untuk menyimpan pelbagai jenis permainan video di dalamnya.

 

3. Sony Xperia Z2 (RM 690)

Sony Xperia Z2 menggunakan CPU quad-core 2.3GHz Krait400 dan GPU Andreno330 menghasilkan pemprosesan yang hebat dengan bantuan pemprosesan grafik yang sangat baik. Tambahan pula, Sony tidak pernah menghampakan pengguna dengan kehebatan sistem audionya. Ia mempunyai sistem audio 5.1 surrounding dan lokasi speaker yang sesuai bertujuan untuk menghasilkan kesan bunyi gaming yang menarik tanpa bunyi tenggelam.

Smartphone ini juga kalis air dan kalis debu, pengguna tidak perlu risau jika air minuman mereka tertumpah ke atasnya ketika sedang sibuk bermain permainan video. Penggunaan kapasiti bateri 3999mAh dan Android 6.0 dapat menghasilkan jangka hayat bateri yang lebih lama walaupun pada penggunaan yang besar.

 

4. Oppo F1 S (RM 788)

Oppo F1s memang terkenal dengan panggilan pakar swafoto kerana kehebatan kameranya. Tetapi tahukah anda bahawa ia menggunakan 3GB RAM dan prosessor MTK6750 Octa-core 64 bit sesuai untuk gaming? Gandingan RAM dan prosessor tersebut dapat menghasilkan gaming pada 90 frame per second lebih menarik tanpa lagging.

Penggunaan GPU Mali-T860MP2 dan resolusi 1280 x 720 pixel dapat menampung permainan video yang HD tanpa menyebabkan cepat kehabisan bateri atau overheat. Storan yang boleh dibesarkan sehingga 256GB memberi peluang kepada pengguna untuk menyimpan permainan video dan gambar-gambar selfie anda.

 

5. Xiaomi Mi Max 2 (RM 719)

Xiaomi Mi Max mempunyai skrin paparan 6.44 inci pada resolusi 1080 x 1920 pixel menghasilkan paparan yang lebih terang, jelas dan menarik. Gandingan bersama skrin paparannya dan pemprosesan octa core 2.0Ghz Snapdragon625 dan 4GB RAM membuka peluang kepada pengguna untuk bermain permainan video yang lebih daripada 120 frame per second.

Baterinya juga sungguh mengagumkan dengan kapasiti sehingga 5300 mAh. Menjadikannya seolah-olah seperti tablet kerana boleh digunakan pada jangka masa yang tersangat lama tanpa risau kehabisan bateri. Tambahan pula, penggunaan Android 7.1.1 berganda lebih cekap dalam pengurusan bateri.

 

6. Asus Zenfone Max Plus (RM 595)

Asus Zenfone Max Plus menggunakan chipset Mediatek MT6750T prosessor Octa-core 1.5 GHz Cortex-A53 yang dapat menghasilkan penggunaan yang sifar lagging. Tambahan pula, juga terdapat GPU Mali-T860MP2 sesuai untuk permainan video yang banyak menggunakan pemprosesan grafik. Skrin sentuhnya juga menyokong multi-touch sehingga 5 jari menjanjikan gaming anda sangat professional dan menarik.

Baterinya yang mempunyai kapasiti sehingga 4130 mAh dan penggunaan Android 7.0 dapat menghasilkan penggunaan yang sangat lama sebelum kehabisan bateri. Ia juga mempunyai beberapa teknologi keselamatan seperti keselamatan output dan input voltan, perlindungan OTG dan perlindungan suhu.

 

7. Lenovo P2 (RM 869)

Lenovo P2 mungkin agak mahal berbanding yang lain , tetapi ia tersangat bagus untuk bermain permainan video yang berterusan. Dengan menggunakan 64 bit Qualcomm Snapdragon625  dan prosessor octa-core 2.0 Ghz, ia membolehkan penggunanya membuka pelbagai jenis aplikasi serentak tanpa lagging ketika sibuk gaming.

Skrin paparan 5.5 inci dan skrin Super AMOLED menjadikan paparan yang lebih terang, tajam dan sangat jelas tanpa penggunaan bateri yang banyak. Dengan kapasiti baterinya sehingga 5100 mAh, anda tidak perlu risau lagi kehabisan bateri ketika bermain permainan video. Tambahan pula, hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk mengecas semula bateri.

Penafian : Harga yang disenaraikan adalah untuk rujukan produk semata – mata, ianya mungkin berubah bergantung kepada promosi atau diskaun oleh pedagang atas talian.

 sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 6 Jun 2018

马来西亚NIMPMOS移动应用正式推介礼兼签约仪式

一家马来西亚公司 NIMPMOS Sdn Bhd 正式推出了iOs和Android移动设备的应用程序!该应用程序专注于视频广播和VoIP相关产品和服务,自2018年3月发布以来,该应用已吸引了来自东南亚的许多年轻人。

TECH Thu, 8 Mar 2018

他用「地表最强手机」17年了还在用

若说到「地表最坚固的手机」,你会想到哪一台呢?应该都会想起那支曾经陪伴你多年时光,怎么摔都不会坏的 Nokia 3310 吧!但想不到的是,即使已经是智慧型手机的时代,竟然还有人在用它呢!

TECH Tue, 6 Aug 2019

5 Trick Untuk Hasilkan Tulisan Unik Di WhatsApp

Ini dikongsikan kepada anda cara-cara untuk menghasilkan tulisan unik pada aplikasi WhatsApp.

TECH Sun, 23 Jun 2019

Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

Anda boleh mencipta pelekat dengan wajah anda, ahli keluarga mahupun kenalan yang lain apa kata cuba langkah ini tengok berjaya ke tak?

TECH Wed, 20 Nov 2019

Tiada Hak Untuk PDRM Semak Telefon Bimbit Orang Awam

PDRM Tidak Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam Secara Rambang

TECH Fri, 19 Jan 2018

Pindah Tab Butang Tutup di Firefox

Ingin mengubah konfigurasi ‘Firefox’ anda?Bacalah artikel ini.

TECH Sun, 11 Nov 2018

Apa Dah Jadi Dengan mIRC, Friendster, Yahoo & MSN Messenger?

Adakah anda tahu terdapat laman sosial yang terawal wujud sebelum adanya Instagram dan sebagainya?

TECH Thu, 9 Aug 2018

Cara Unik Mengambil Screenshot Lewat Google Assistant

Menangkap gambar yang ada di layar smartphone dengan cara konvensional? Guna tips ini

Automobile Fri, 29 Nov 2019

你知道这些「故障灯」代表什么吗?

不管是新手司机还是老司机,在驾驶的时候你应该都会遇过车辆出现故障灯,但你是否搞懂部分故障提示灯吗?

TECH Sun, 15 Jul 2018

Setelah Sekian Lama, Notepad Terima Kemaskini

Ketika mana Windows dikemaskini serta dinaiktaraf dengan pelbagai fungsi, Microsoft seakan-akan terlupa satu aplikasi yang sudah lama wujud dalam platform berkenaan, Notepad. Digarap dari pengumuman kemaskini oleh Google Blog minggu lalu, satu naik taraf signifikan […]

error: Content is protected !!