Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 27, 2020 @ 5:06pm

Ekstrak buah-buahan tempatan untuk baja kulit

Manggis dan nanas, dua jenis buah-buahan tempatan yang digemari ramai bukan sahaja kerana rasanya yang enak, bahkan berguna untuk penjagaan kulit wajah.

Kulit manggis misalnya, kaya antioksidan dan sering dijadikan bahan utama dalam pembuatan produk kecantikan.

Begitu juga dengan asam Jawa yang sentiasa ada di dapur setiap rumah di Malaysia, bijinya sangat berguna untuk tujuan penjagaan kulit wajah kerana ekstrak biji asam Jawa mengandungi asid hyaluronik (HA).

 

Nor Zaini Md Noor (kiri) dan Zarina Abdullah sepakat menggunakan kebaikan kulit manggis untuk penjagaan kulit wajah. Foto: Ihsan Nor Zaini Md Noor.

HA adalah ramuan penting dalam kebanyakan produk penjagaan wajah seperti serum kerana fungsinya mengekalkan kelembapan kulit.

Sehubungan itu, terdapat serum yang diformulasi khusus daripada tiga bahan berkenaan bagi membaja kulit wajah agar terhindar daripada pelbagai ancaman radikal bebas.

Ekstrak nenas berfungsi membuang sel kulit mati pada wajah. Foto: Shopee.com

Pengasas bersama serum ZaynZarin, Nor Zaini Md Noor, berkata beliau dan rakan kongsi, Zarina Abdullah sepakat menghasilkan serum yang diperbuat daripada ekstrak manggis, nanas dan asam Jawa, untuk membantu meningkatkan keremajaan kulit wajah.

“Kulit manggis kaya antioksidan dan bersifat antipenuaan, oleh itu kami menggunakan ekstrak kulitnya untuk serum yang pada mulanya dihasilkan untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakan terdekat.

“Begitu juga dengan nanas yang berfungsi untuk mengelupas secara lembut, menanggalkan sel kulit mati dan memudarkan pigmentasi menyebabkan kami mengambil keputusan untuk menggabungkan ketiga-tiga bahan ini dalam satu serum,” katanya ketika dihubungi Hijab & Heels.

Serum berasaskan kulit manggis, nanas dan biji asam Jawa berupaya menjadikan kulit lebih cerah dan lambat dimamah penuaan. Foto: ZaynZarinOfficial.

Serum adalah antara produk yang sering menjadi pilihan wanita dalam penjagaan kulit wajah agar kekal lembap, tegang dan cerah di samping berupaya melindungi kulit daripada pelbagai ancaman radikal bebas yang ada dalam udara.

Penjagaan awal terhadap kulit wajah dengan memakai serum juga boleh menjadikan kulit wajah lambat terkesan akan peningkatan usia sekali gus mengekalkan keanjalan dan kecerahan kulit.

Biji asam Jawa kaya asid hyaluronik yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit. Foto: Lazada.com.

Nor Zaini berkata, lazimnya setiap wanita sangat mengambil berat akan penjagaan kulit wajah dan serum adalah antara produk wajib ada dalam simpanan.

“Serum biasa dipakai selepas penyegar dan dioles pada kulit dua kali sehari, iaitu waktu pagi dan petang.

“Namun begitu ada juga yang memakainya sekali sehari, bergantung pada kesesuaian pemakainya,” katanya.

Serum ekstrak kulit manggis, nanas dan biji asam Jawa ini ditawarkan pada harga RM72 dan boleh dibeli menerusi dalam talian di media sosial Instagram dan FB ZaynZarinofficial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Feb 2021
Featured Thu, 29 Jan 2026

Netizen Persoal Adik-Beradik Anzalna Dapat Rezeki Kahwin Lelaki Kaya, Ini Jawapan Empunya Badan

Anzalna menjelaskan, setiap individu memiliki rezeki yang berbeza-beza.

Featured Sat, 24 Sep 2022
Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Fri, 20 Oct 2023

Siti Nurhaliza Terharu Elly Mazlein Derma RM10,000 Untuk Rakyat Palestin – “Moga Murah Rezeki Kak Iti Doakan”

Mashaa-Allah, moga dimurahkan rezeki Kak Lina Pom Pom kita. Dua-dua no syatuuuuu!❤️

Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Wed, 23 May 2018

Maya Karin Ajak Orang Ramai Tandatangani Petisyen Untuk Selamatkan Alam Sekitar Di Malaysia

Tujuan petisyen ini adalah agar kerajaan Malaysia tubuhkan kementerian khas untuk alam sekitar.

Featured Tue, 15 Aug 2023

Badan Masih Kuat, Cef Wan Tak Mahu Serina Teman Jalani Kemoterapi… Syukur Sel Kanser Belum Serang Organ

Sebagai anak, saya boleh tinggal semua benda dan berada di sisi papa – Serina

Featured Wed, 3 Jun 2020
error: Content is protected !!