Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 6, 2018 @ 1:13pm

Suka Main Telefon Di Set Punca Hilang Fokus, Jasmin Hamid Tegur Pelakon Baharu

Pelakon Jasmin Hamid menegur sesetengah pelakon baharu yang taksub menggunakan Instagram sehingga mengenepikan keinginan menambah ilmu.

Perkara ini diluahkan di Instagramnya selepas melihat segelintir pelakon meningkat naik akan cepat turun jika tidak berdisiplin dalam kerja.

“ Pelakon yang baik mencari ilmu manakala pelakon popular mencari pengikut. Jadi terpulang kepada pilihan sendiri.

“ Saya tidak selesa dengan sikap segelintir pelakon yang terlalu taasub dengan media sosial hingga membelakangkan kualiti dan disiplin kerja,” luahnya.

Tambahnya, tindakan segelintir pelakon yang gemar bermain telefon pintar di set penggambaran akan menjejaskan fokus terhadap lakonan.

“Dahulu, sesiapa yang membawa telefon bimbit ke dalam set akan dirampas. Hanya apabila selesai kerja, baru dapat semula telefon bimbit itu.

“Segelintir pelakon era sekarang kurang berdisiplin, malah ketika pengarah sedang memberi arahan, mereka masih leka bermain telefon,” luahnya. 

Luahannya turut mendapat sokongan pelakon Rita Rudaini yang pernah berdepan situasi yang sama di lokasi penggambaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Dec 2025
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Featured Thu, 10 Mar 2022
TECH Mon, 6 May 2019

Leave Your Wallet Behind at the ‘Kampong Kashlesss Ramadan Bazaar’ This Year

You don’t need your wallet, cash or cards this year. Just bring your smartphone along!

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Nana Mahazan Bengang, Netizen Kutuk Anak Selekeh?

Netizen pun tak payah lah nak kutuk anak orang. Haish!

error: Content is protected !!